Analisis fungsi sinografi: komunikasi visual melalui pementasan teater Sarah

Mohd Amir Mohd Zahari, and Azrul Azizi Amirrul, and Mardiana Ismail, (2023) Analisis fungsi sinografi: komunikasi visual melalui pementasan teater Sarah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (1). pp. 534-550. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
710kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1584

Abstract

Artikel ini membicarakan fungsi sinografi dalam membina aspek komunikasi secara visual melalui Teater SARAH. Fungsi sinografi dalam sesebuah pementasan seperti reka bentuk set, pencahayaan dan kostum merupakan elemen penting dalam teater. Peranan sinografi dapat membantu pelakon menjiwai watak dengan penuh penghayatan. Reka bentuk sinografi yang diletakkan di atas pentas membantu para pelakon untuk mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka tentang keperluan dalam beraksi di atas pentas serta dapat memvisualkannya untuk memberi kefahaman kepada penonton. Komunikasi visual dalam sesebuah pementasan terbahagi pada tiga set iaitu kostum, tatarias (makeup) dan pencahayaan. Elemen visual perlu bersatu, berkait dan lengkap untuk memberi keberkesanan dalam sesebuah pementasan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis ke atas Teater SARAH yang telah dipentaskan di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia pada Oktober 2019. Penyelidikan dan penelitian secara terperinci telah dijalankan bagi menganalisis nilai-nilai artistik dalam rekaan sinografi melalui Teater SARAH. Fokus kajian berkaitan analisis fungsi sinografi dalam memainkan peranan untuk memberi interpretasi penonton bagi memahami simbolisme yang dipaparkan dalam setiap babak pementasan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menganalisis peranan visual sinografi sebagai medium komunikasi terhadap pementasan teater tersebut. Dua kaedah yang telah digunakan untuk pengumpulan data iaitu temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian terhadap rakaman video pementasan yang diperoleh daripada pengarah teater. Penyelidik telah mengenal pasti bahawa nilai-nilai estetika yang disampaikan telah memberi kesan dramatik terhadap persembahan teater. Malahan, komunikasi visual dalam pementasan dapat memperlihatkan kepada penonton untuk mengenali maksud sosial dan budaya sesebuah karya dan memahami makna imej-imejnya yang tersendiri.

Item Type:Article
Keywords:Drama pentas; Komunikasi visual; Fungsi sinografi; Pementasan SARAH; Teater
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22234
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:15 Sep 2023 10:27
Last Modified:19 Sep 2023 04:20

Repository Staff Only: item control page