Media sosial sebagai pendekatan alternatif pendidikan pencegahan dadah di Malaysia

Jamilah Ahmad, and Suriati Saad, and Nur Shima Sarudin, and Mahadevan Krishnan, (2023) Media sosial sebagai pendekatan alternatif pendidikan pencegahan dadah di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (2). pp. 78-96. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
478kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1605

Abstract

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun seiring dengan perkembangan teknologi dunia, namun masih dibelenggu dengan gejala penyalahgunaan dadah dan pengulangan pengambilan dadah, terutama dalam kalangan belia. Hal ini sangat membimbangkan dan memberi kesan negatif bukan hanya kepada pengguna, bahkan mengancam keluarga, masyarakat dan negara. Ini sekaligus mencerminkan ketidakberkesanan program-program kesedaran, rawatan dan pemulihan dadah sedia ada. Oleh itu, usaha meningkatkan pengetahuan dan penyampaian maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah perlu dikaji semula dan dilaksanakan secara holistik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan bahan media pencegahan dadah menerusi perspektif penagih dadah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memfokus kepada khalayak sasaran tertentu dalam usaha mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan mixed method yang melibatkan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Menerusi penggunaan kaedah ini, data penyelidikan diperoleh daripada 200 responden terdiri daripada penagih dadah dari empat Pusat Pemulihan ditinjau melalui borang soal selidik, dan 100 informan terdiri daripada kakitangan AADK menerusi borang soal selidik separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan bahan publisiti berkaitan pendidikan (M=2.39, SD=.884) dan pencegahan dadah (M=2.26, SD=.674) di Malaysia adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube sangat penting dan berkesan. Dalam usaha penyampaian mesej pendidikan pencegahan, penghasilan video berdurasi pendek, mesej padat, ilustrasi, serta muzik dan grafik yang menarik, dilihat berupaya memberikan impak positif kepada kumpulan sasaran.

Item Type:Article
Keywords:Social media; Education and prevention; Drugs; Youth; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22252
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:18 Sep 2023 09:36
Last Modified:19 Sep 2023 08:12

Repository Staff Only: item control page