Pengaruh pengurusan maklumat terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam: kajian rintis di Jabatan Penyiaran Malaysia

Noorzihidayah Md Noor, and Maizatul Haizan Mahbob, (2023) Pengaruh pengurusan maklumat terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam: kajian rintis di Jabatan Penyiaran Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (2). pp. 152-173. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1605

Abstract

Pengurusan maklumat adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia mampu memacu kecemerlangan organisasi. Persekitaran yang semakin kompleks memerlukan pengurusan maklumat yang cekap serta program latihan dan pembangunan yang berkesan. Hal ini sangat signifikan terutamanya apabila berlaku sesuatu konflik atau krisis. Justeru objektif kertas ini adalah di samping untuk mendapatkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan ke atas item-item soal selidik yang dibina, ia juga untuk menguji pengaruh pengurusan maklumat yang merangkumi persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi terhadap keberkesanan program latihan dan pembangunan sektor awam. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 102 orang responden yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Penyiaran Malaysia secara dalam talian menerusi platform Google Form. Teori Maklumat Organisasi Weick dan Model Penilaian Kirkpatrick telah diguna pakai dalam kajian ini. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) v.22 untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item seterusnya menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua aspek pengurusan maklumat yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan keberkesanan program latihan dan pembangunan. Melalui analisis regresi membuktikan bahawa pengurusan maklumat menyumbang sebanyak 71.9% kepada keberkesanan program latihan dan pembangunan tetapi aspek persekitaran maklumat tidak memberi pengaruh terhadap pemboleh ubah bersandar. Secara keseluruhannya, aspek kitaran komunikasi merupakan penyumbang utama yang mempengaruhi keberkesanan program latihan dan pembangunan berbanding aspek persekitaran maklumat dan ketidakjelasan maklumat. Kata kunci: Model Penilaian Kirkpatrick, pengurusan maklumat, program latihan dan pembangunan, sektor awam, Teori Maklumat Organisasi Weick.

Item Type:Article
Keywords:Model Penilaian Kirkpatrick; Pengurusan maklumat; Program latihan dan pembangunan; Sektor awam; Teori Maklumat Organisasi Weick
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22256
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:18 Sep 2023 13:23
Last Modified:19 Sep 2023 07:50

Repository Staff Only: item control page