Aselawati Che Ab Adziz, and Awan Ismail, (2023) Corak penggunaan platform pengajaran dan pembelajaran di institusi pondok di Kedah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (2). pp. 248-268. ISSN 0128-1496
|
PDF
420kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1605
Abstract
Sekolah Zakat Kedah (SZK) mengadaptasi sistem pendidikan institusi pondok yang mengamal dan menekankan kaedah pembelajaran talaqqi iaitu interaksi bersemuka antara murid dengan guru. Namun, apabila wabak COVID-19 menular dalam negara dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) melalui penggunaan platform digital mula dilaksanakan. Kaedah ini amat bertentangan dengan amalan pembelajaran secara bertalaqqi yang telah diamalkan oleh SZK sejak awal penubuhannya. Oleh yang demikian, isu-isu seperti tahap penerimaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui platform digital menjadi kerisauan banyak pihak terutamanya para guru dan murid yang sudah sebati dengan amalan bertalaqqi sejak azali seperti komuniti di SZK. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak pendigitalan di SZK berkaitan dengan penggunaan platform digital bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Kognitif Sosial. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan telefon pintar dan komputer riba memperoleh peratusan tertinggi berbanding tablet, komputer meja, televisyen, internet mudah alih (mobile internet), internet rumah (Streamyx, Unifi), internet jalur lebar mudah alih (broadband), fon telinga/kepala (ear/headphone), dan kamera web (web cam) dalam kalangan guru dan murid semasa PdPR. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan platform digital adalah lebih intensif dalam kalangan guru berbanding murid di SZK. Hasil daripada kajian terhadap corak penggunaan platform digital dan pembelajaran dalam kalangan komuniti Institusi Pondok Kedah, didapati terdapat implikasi daripada perspektif Teori Kognitif Sosial, iaitu keperluan peribadi, perlakuan, dan persekitaran saling berkait antara satu sama lain dalam penggunaan platform digital oleh guru dan murid.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sekolah zakat; Platform digital; Teori Kognitif Sosial; Talaqq; COVID-19 |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 22265 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 19 Sep 2023 01:42 |
Last Modified: | 19 Sep 2023 08:03 |
Repository Staff Only: item control page