Noorilham Ismail, and Zulkanain Abdul Rahman, and Nur Dayana Mohamed Ariffin, (2023) Kedudukan Amerika Syarikat dalam perang Falkland, 1982: satu penelitian terhadap catatan memoir terpilih oleh elit pentadbir semasa era presiden Ronald Reagan. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (1). pp. 41-53. ISSN 2590-4213
|
PDF
556kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Kertas kerja ini menumpukan perbincangan tentang catatan memoir terpilih oleh elit pentadbiran Amerika Syarikat mengenai Perang Falkland pada tahun 1982 sewaktu era Presiden Ronald Reagan. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk menunjukkan pendirian Amerika Syarikat dan perspektif elit pentadbirannya yang terlibat dalam perang selama 74 hari tersebut dari 2 April hingga 14 Jun 1982. Perkara terbabit mempunyai signifikan kerana Amerika Syarikat telah terlibat dengan Perang Falkland itu sendiri baik secara langsung atau tidak langsung meski pun perang tersebut berlaku antara Kerajaan Britain dengan Kerajaan Argentina. Untuk itu, kaedah kualitatif telah digunakan dengan cara menganalisis catatan memoir terpilih elit pentadbiran Amerika Syarikat dalam menghasilkan perbincangan yang lebih objektif melalui sokongan dokumen primer daripada arkib. Dokumen berkenaan terdiri daripada fail dari Ronald Reagan dari California dan sumber Foreign Relations of the United States (FRUS). Bahan sekunder yang berautoriti seperti tesis, buku dan artikel jurnal turut digunakan bagi melengkapkan kronologi perbincangan. Kertas kerja ini seterusnya sampai kepada penjelasan bahawa catatan memoir terpilih daripada elit pentadbir Amerika Syarikat adalah penting untuk menggambarkan perspektif dan pendirian Washington terhadap Perang Falkland 1982 dalam era kepimpinan Presiden Ronald Reagan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amerika Syarikat; Britain dan Argentina; Elit pentadbiran; Perang Falkland; Memoir |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 22276 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 19 Sep 2023 06:47 |
Last Modified: | 21 Sep 2023 00:24 |
Repository Staff Only: item control page