Perkembangan perlombongan bijih timah era kolonial British dan kesannya di Selangor, 1901-1951

Nur Hafizah Md. Hamzah, and Adnan Jusoh, (2023) Perkembangan perlombongan bijih timah era kolonial British dan kesannya di Selangor, 1901-1951. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (1). pp. 55-75. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
799kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang perkembangan perlombongan bijih timah di Selangor dari tahun 1901 sehingga 1951. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan kegiatan perlombongan bijih timah semasa era kolonial British yang telah merubah sektor ini sehingga berjaya meningkatkan pendapatan negeri Selangor. Di samping itu, penulisan ini juga turut membincangkan kesan perlombongan bijih timah terhadap perkembangan sosioekonomi di negeri Selangor sepanjang tempoh tersebut. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk sumber primer dari Arkib Negara Malaysia seperti fail dan dokumen yang diperoleh semasa di bawah Pentadbiran British, sementara sumber sekunder pula diperoleh dengan merujuk buku dan jurnal di Perpustakaan Negara Malaysia (Kuala Lumpur), Perbadanan Perpustakaan Awam (Shah Alam), Perpustakaan Tun Seri Lanang (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Hasil kajian mendapati perkembangan perlombongan bijih timah telah membawa manfaat kepada negeri Selangor kerana menjadi pengeluar utama di pasaran dunia. Perkembangan bijih timah turut membawa kepada peralihan penggunaan kaedah perlombongan dan perubahan perhubungan serta pengangkutan bagi membangunkan kemudahan infrastruktur negeri Selangor. Walau bagaimanapun, perkembangan bijih timah telah menimbulkan konflik sehingga menjejaskan pengeluaran bijih timah. Kesimpulannya, kekayaan bijih timah telah mendorong perkembangan perlombongan bijih timah untuk mendorong keterlibatan orang Cina dalam kegiatan perlombongan di Selangor sehingga memberikan pelbagai kesan terhadap sosioekonomi negeri Selangor.

Item Type:Article
Keywords:Selangor; Kolonial British; Orang Cina; Bijih timah; Perlombongan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22277
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Sep 2023 06:47
Last Modified:21 Sep 2023 00:38

Repository Staff Only: item control page