UMNO Bahagian Batu Berendam Melaka: latar belakang penubuhan dan kepimpinan tiga ketua bahagian terawal

Sahabudeen Mohamed Gani, and Aishah Bee Ahmad Tajudeen, (2023) UMNO Bahagian Batu Berendam Melaka: latar belakang penubuhan dan kepimpinan tiga ketua bahagian terawal. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (1). pp. 77-89. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
411kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Artikel ini membincangkan latar belakang penubuhan bahagian baharu UMNO iaitu UMNO Bahagian Batu Berendam di Melaka dan menganalisis kepimpinan awal pertubuhan ini di bawah tiga ketua bahagian terawal. Melalui perbincangan ini, dapat dinilai sejauh mana usaha dan penglibatan pemimpin-pemimpin awal ini dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu dan juga menstabilkan pembangunan UMNO di Batu Berendam semasa era awal pembentukan. Dari segi metodologi, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah penyelidikan sejarah yang merangkumi kajian perpustakaan dan temu bual. Melalui kajian perpustakaan, penyata-penyata UMNO Malaysia dan Batu Berendam, fail dan laporan rasmi UMNO Batu Berendam, artikel akhbar-akhbar tempatan dan kebanyakan sumber akademik sekunder telah dimanfaatkan. Kesemua sumber primer dan sekunder ini diperoleh daripada Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Pejabat UMNO Bahagian Batu Berendam, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Institusi-Institusi Pengajian Tempatan dan Perpustakaan Negara. Bagi tujuan mendapatkan informasi primer mengenai topik yang dikaji, temu bual dengan beberapa tokoh veteran dan pemimpin yang menggerakkan parti ini turut dijalankan.

Item Type:Article
Keywords:UMNO; Batu Berendam; Melaka; Ketua Bahagian; Kepimpinan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22278
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Sep 2023 06:47
Last Modified:21 Sep 2023 00:38

Repository Staff Only: item control page