Subdialek Mukim Bukit Kepong: satu kajian rintis

Julaina Nopiah, and Junaini Kasdan, and Mohd Faizal Mohamed Nor, (2023) Subdialek Mukim Bukit Kepong: satu kajian rintis. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 7 (1). pp. 91-106. ISSN 2590-4213

[img]
Preview
PDF
976kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Dialek Melayu merupakan salah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berinteraksi antara satu sama lain. Banyak kajian yang berkaitan dengan dialek telah dilakukan dalam pelbagai aspek. Namun, kajian yang memberikan tumpuan secara khusus kepada varian subdialek Bukit Kepong, Muar, Johor belum lagi ditemukan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti leksikal subdialek masyarakat di Mukim Bukit Kepong, Muar, Johor; dan selanjutnya dibandingkan dengan leksikal bahasa Melayu standard. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual berstruktur, pemerhatian ikut serta, catatan, rakaman video dan rakaman suara terhadap informan terpilih. Sebanyak tiga orang informan, yang terdiri daripada penduduk asal dari salah sebuah kampung yang terletak di kawasan Bukit Kepong terlibat dalam kajian ini. Data dan maklumat yang diperoleh kemudiannya ditranskripsikan menggunakan simbol fonetik untuk proses selanjutnya. Bagi tujuan analisis, data dipaparkan dalam bentuk jadual, dan dihuraikan secara linguistik untuk memperlihatkan hasil dapatan yang lebih jelas. Kajian ini berjaya merakamkan 40 leksikal dialek Melayu Bukit Kepong, dan mendapati 40 leksikal subdialek Bukit Kepong tersebut mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu standard, contohnya [gəndet], [gəliɲo], [lətʃə], [bəbɑʔ] dan [tʃikə]. Pengkaji turut menemukan lima leksikal berhubung kata ganti nama dan sapaan, dua ungkapan kata tanya serta empat ungkapan berpasangan hasil daripada temu bual yang dijalankan. Pada umumnya, kajian ini telah dapat membuktikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa wujud satu lagi subdialek Muar-Batu Pahat yang tidak pernah dibicarakan sebelum ini, iaitu subdialek Bukit Kepong. Kajian ini juga membuka ruang baharu kepada masyarakat luar untuk mengetahui keunikan dialek masyarakat mukim Bukit Kepong, umumnya; dan membuka horizon baharu kepada para sarjana untuk melakukan kajian yang lebih komprehensif terhadap dialek ini.

Item Type:Article
Keywords:Dialek; Leksikal; Bahasa Melayu; Transkripsi; Bukit Kepong
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:22279
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:19 Sep 2023 06:47
Last Modified:21 Sep 2023 00:39

Repository Staff Only: item control page