Tengku Syuhada Elissa Tengku Adam Azli, and Khadijah Alavi, (2023) Meneroka strategi daya tahan dalam kalangan bapa tunggal : kajian kes di Selangor. Sains Malaysiana, 7 (2). pp. 1-14. ISSN 0126-6039
|
PDF
294kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Abstract
Pandemik COVID-19 telah memberikan impak dalam keharmonian dan kestabilan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Faktor ekonomi menjadi punca utama kepada berlakunya peningkatan kes perceraian kerana perlu memenuhi keperluan dan perbelanjaan hidup yang semakin mencabar. Manakala perceraian mati disebabkan oleh faktor kesihatan diri yang menurun. Jesteru itu, kajian ini meneroka strategi daya tahan dalam kalangan bapa tunggal akibat perceraian dalam menguruskan kehidupan seharian dan anak-anak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan Snow Ball (Bola Salji). Lokasi yang dipilih adalah di negeri Selangor. Data temu bual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati lima isu utama yang dialami oleh informan kajian. Antara isu yang sering dialami oleh golongan bapa tunggal dalam kehidupan seharian adalah pertambahan peranan dalam memenuhi keperluan anak-anak terutamanya bagi anak perempuan, penyesuaian dan kefahaman majikan di tempat kerja, kesukaran perolehi bantuan sokongan dan kewangan, kesunyian di rumah dan sikap negatif masyarakat. Implikasi kajian mencadangkan modul smart kebapaan perlu dibentuk bagi membantu psikososial dalam kalangan bapa tunggal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bapa tunggal; Strategi; Daya tahan; Perceraian; Temu bual |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 22281 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Sep 2023 07:48 |
Last Modified: | 19 Sep 2023 07:48 |
Repository Staff Only: item control page