Analisis kata ganti nama diri dalam Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham

Anis Shahirah Sabarudin, and Kartini Abd. Wahab, (2023) Analisis kata ganti nama diri dalam Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
201kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Karya sastera Melayu lama merupakan khazanah bahasa dan sastera yang memaparkan ciri-ciri bahasa yang tersendiri berbeza dengan bahasa Melayu kini. Kelainan ciri bahasa ini bukan sahaja dari aspek leksikon dan sintaksis, malah meluputi aspek penggunaan kata ganti nama diri (KGND). Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis penggunaanKGND dalam teks Hikayat Melayu lama. Kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan tentang (i) bentuk KGND dan (ii) menganalisiskekerapan jenis KGND dalam teks hikayat Melayu lama. Metodologi kajianini berbentuk analisis deskriptif dan analisis kuantitatif. Data kajian ini adalah bersumberkan teks Antologi Enam Hikayat, susunan Rusell Jones dan teks ini diusahakan oleh Mohd. Yusof Md. Nor. Pengkaji memberi fokus kepada satu hikayat dalam antologi Enam Hikayat ini seperti tajuk tertera. Dapatan kajian menunjukkan bentuk KGND pertama, kedua dan ketiga digunakan dalam teks hikayat lama. Dari aspek kekerapan pula, didapati bahawa ‘-nya’ merupakan KGND ketiga yang tertinggi digunakan dalam teks hikayat iaitu sejumlah 39%, diikuti oleh KGND ketiga iaitu ‘baginda’ sejumlah 13% dan KGND pertama sejumlah 10% iaitu ‘-ku’dan ‘hamba’. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa terdapat kepelbagaian bentuk KGND dan perbezaan kekerapan penggunaan KGND dalam teks Antologi Enam Hikayat. Hal ini dipengaruhi oleh faktor perbezaan taraf sosial lapisan masyarakat Melayu lama.

Item Type:Article
Keywords:Kata ganti nama diri; Antologi enam hikayat; Bahasa Melayu klasik; Teks Melayu lama; Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22282
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:01
Last Modified:22 Sep 2023 08:23

Repository Staff Only: item control page