Parti politik dan dasar perjuangan di kawasan DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan

Muhammad Khairul Ashraf Pakri, and Junaidi Awang Besar, (2023) Parti politik dan dasar perjuangan di kawasan DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-18. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
317kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Kewujudan perbezaan dasar perjuangan parti politik yang berbeza-beza di Malaysia mewujudkan kancah politik yang rencam. Keadaan sedemikian adalah disebabkan dasar sesebuah parti politik yang ingin memperjuangkan hak bangsa masing-masing tanpa mewujudkan persefahaman bersama. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis parti politik dan dasar perjuangan di kawasan DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 38 peratus responden menyatakan mereka faham tentang maksud dasar perjuangan parti politik yang dibawa oleh parti politik di kawasan kajian. Seterusnya, 44 peratus responden berpendapat bahawa dasar perjuangan parti politik yang dibawa berjaya untuk mempengaruhi pemikiran mereka untuk menyokong parti politik terbabit dalam pilihan raya. Seterusnya, 58 peratus responden menganggap bahawa parti politik yang memperjuangkan agama Islam yang akan mewujudkan kancah politik yang stabil di kawasan kajian. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan mampu mewujudkan golongan pemilih atau pengundi yang berdisiplin melalui agenda atau dasar perjuangan parti politik yang bertanding. Diharap dengan adanya kajian ini ianya akan dijadikan sebagai rujukan kepada ahli politik, NGO dan pengkaji lain mengenai politik semasa di dalam negara.

Item Type:Article
Keywords:Dasar perjuangan; Parti politik; Pengundi; Pemikiran; Ilmu pengetahuan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22283
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:13
Last Modified:19 Sep 2023 08:13

Repository Staff Only: item control page