'Dimanakah kurangnya?’: memahami komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok

Nur Nadhirah Mohd Fohid, and Norulhuda Sarnon, (2023) 'Dimanakah kurangnya?’: memahami komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-7. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
214kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Statistik peningkatan penglibatan remaja dalam isu penyalahgunaan bahan terus meningkat secara global di serata dunia dan keadaan ini semakin serius dari tahun ke tahun. Di ruangan akhbar banyak menunjukkan situasi dimana golongan remaja merupakan sebahagian golongan yang menyumbang kepada statistik bilangan perokok di Malaysia.Peningkatan aktiviti merokok dalam kalangan remaja ini juga berkemungkinan bermula daripada keluarga itu sendiri. Kelemahan komunikasi dalam keluarga juga merupakan antara faktor penyumbang peningkatan aktiviti merokok dalam kalangan remaja. Kertas kerja ini adalah merupakan kertas konsep berkaitan isu komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok. Definisi komunikasi keluarga dalam kalangan remaja merokok dibincangkan dengan terperinci mengikut perspektif bidang sains sosial. Selain itu, konsep komunikasi keluarga akan dibincangkan mengenai kajian- kajian terdahulu dalam dan luar negara. Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Bandura telah dipilih dalam memberi kefahaman tentang tingkahlaku merokok yang ditunjukkan oleh remaja dipelajari daripada pemerhatian dan peniruan daripada orang sekeliling mereka. Adalah diharapkan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih remaja dapat lebih cakna dalam isu merokok sebagai satu benteng pencegahan.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; Keluarga; Remaja; Merokok; Ibu bapa
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22284
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:22
Last Modified:19 Sep 2023 08:22

Repository Staff Only: item control page