Pakatan harapan dan pengurusan ekonomi Malaysia, 2018-2020: satu analisis

Nur Alyssa Eirwan, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2023) Pakatan harapan dan pengurusan ekonomi Malaysia, 2018-2020: satu analisis. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
260kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Pilihan Raya Umum ke-14 telah mengubah budaya politik dan partisipasi politik serta menunjukkan peralihan kuasa yang adil berdasarkan konsep demokrasi gaya Westminster. Pada 9 Mei 2018, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dahulunya mendominasi lanskap politik dalam jangka masa yang panjang telah tumbang buat kali pertama dalam sejarah dan kuasa negara diambil alih oleh pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH). Kuasa politik dan kestabilan ekonomi diperlihatkan saling berhubung antara satu sama lain. Pengurusan ekonomi yang cekap dapat membantu menjadikan ekonomi negara terus berkembang sekaligus dapat meyakinkan para pelabur. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajianini untuk menganalisis sejauhmana dasar yang komprehensif untuk polisi ekonomi yang kompetitif untuk kesejahteraan negara dan rakyat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaannya. Kaedah kualitatif yang digunakan meliputi kajian rujukan sumber internet dan buku dalam membantu memperolehi bahan yang lebih luas dan terkini. Hasil kajian menemukan teori reformasi ekonomi yang mempengaruhi cara pembaharuan direka bentuk untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing dan meningkatkankadar pertumbuhan ekonomi. Wacana ini menambahkan lagi kajian terhadap pemerintahan era Pakatan Harapan dan cara pengurusan ekonomi yang efisien dengan berdasarkan kepada teori reformasi ekonomi. Malah, memberikan pendedahan kepada struktur dasar yang komprehensif yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi meningkatkan dan membangunkan ekonomi negara.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Umum ke-14; Pakatan Harapan; Barisan Nasional; Politik; Pengurusan ekonomi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22285
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:29
Last Modified:22 Sep 2023 08:36

Repository Staff Only: item control page