Amalan pembelian barangan rasmi dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Alia Hanisya Mohd Anuar, and Zanisah Man, (2023) Amalan pembelian barangan rasmi dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
197kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Perluasan pengeluaran komoditi oleh golongan kapitalis telah berkembang sejak tercetusnyazaman perindustrian. Kewujudan golongan kapitalis telah menyebabkan pengeluaran barangan secara besar-besaran kepada pengguna dan menjadi punca kepada berkembangnya sebuah pemikiran mengenai perbelanjaan dalam kalangan masyarakat. Namun, amalan pembelian barangan rasmi ini semakin menjadi pilihan dan diasosiasikan dengan gaya hidup mewah kepada peminat tegar yang tergolong dalam kalangan belia. Justeru, wujudnya persoalan tentang faktor samaada golongan ini mempunyai kesedaran tentang amalan konsumerisme yang dilakukan oleh mereka. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis serta menghuraikan fenomena konsumerisme melalui amalan pembelian, jenis, cabaran dan kesannya terhadap sesetengah masyarakat pada hari ini. Penyelidikan inimenggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan temu bual semi-struktur. Informan kajian terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang melakukan amalan pembelian barangan rasmi. Hasil kajian mendapati bahawa kesedaran masyarakat dalam amalan pembelian adalah berdasarkan faktor-faktor yang tertentu seperti pengetahuan, nilai dan fungsi barangan rasmi. Selain itu, penyelidikan ini juga mendapati bahawa terdapat cabaran yang dihadapi oleh informan dalam tempoh masa pemilikan barangan rasmi tersebut. Kesimpulannya, masyarakat moden kini mempunyai kebebasan dalam memiliki barangan rasmi disebabkan oleh kesedaran terhadap hak kepenggunaan yang semakin baik.

Item Type:Article
Keywords:Konsumerisme; Pengaruh sosial; Tingkahlaku sosial; Barangan rasmi; Kelas sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22286
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:35
Last Modified:19 Sep 2023 08:35

Repository Staff Only: item control page