Persepsi pengundi terhadap isu politik di kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang

Nor Najihah Zafari, and Junaidi Awang Besar, (2023) Persepsi pengundi terhadap isu politik di kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Persepsi pengundi dilihat banyak mempengaruhi undian mereka dalam membuat keputusan untuk memilih calon pilihan raya mereka. Masyarakat kini lebih memilih untuk mengundi berdasarkan pandangan dan kepercayaan mereka terhadap calon tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis persepsi pengundi terhadap isu politik di kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soalselidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Teknik menganalisis data kajian ini menggunakan perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa hanya 38% sahaja pengundi yang mengambil tahu isu politik di kawasan mereka. Pengaruh media telah mengubah pesepsi pengundi mengenai politik serta mempengaruhi pengetahuan dan meningkatkan kecenderungan untuk mereka keluar mengundi. Hasil kajian juga mendapati media 38% dan sistem pendidikan 36% merupakan faktor yang paling mempengaruhi persepsi mereka mengenai isu politik. Dapat dilihat hampir 80% telah memberi kesan kepada persepsi pengundi terhadap sokongan kepada parti politik yang mereka pilih. Faktor paling utama yang paling mempengaruhi pengundi membuat pilihan untuk mengundi adalah calon iaitu sebanyak 31%. Oleh itu, dapat dilihat persepsi sesebuah parti pilihan raya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengundi. Kesimpulannya, kepentingan kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta dapat dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada pihak berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Pengetahuan dan pemahaman politik; Pilihan politik; Pengundi; Parti politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22287
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:42
Last Modified:19 Sep 2023 08:42

Repository Staff Only: item control page