Hubungan antara personaliti dan insomnia dalam kalangan pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Irfan Haqim Zaini, and Mohd Nasir Selamat, (2023) Hubungan antara personaliti dan insomnia dalam kalangan pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Insomnia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur. Secara umumnya insomnia ialah simptom kesukaran untuk memulakan dan mengekalkan tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan dikaitkan dengan kesan yang tidak baik pada siang hari. Kajian mendapati kumpulan pelajar universiti antara kumpulan yang mengalami masalah insomnia hingga memberi kesan sampingan kepada pelajar. Perasaan tertekan dan mudah letih serta seterusnya memberi impak kepada prestasi pembelajaran pelajar adalah disebabkaninsomnia ini. Antara faktor-faktor yang mampu mempengaruhi risiko seorang individuuntuk mengalami insomnia adalah jenis personaliti individu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara personaliti dan insomnia dalam kalangan pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 120 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan edaran borang soal selidik secara atas talian (platform Google Form) untuk mendapatkan data daripada responden. Data-data yang berkaitan dengan personaliti dan insomniadikumpul untuk dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak kaunselor dan pelajar universiti dalam menangani atau mengelakkanmasalah tidur iaitu insomnia. Langkah intervensi dan penyelesaian masalah insomnia wajar diberikan perhatian segera. Di samping itu, sumbangan lain kepada pihak UKM juga mampu melahirkan paragraduan yang berpotensi tinggi dan mempunyai personaliti yang terbilang.

Item Type:Article
Keywords:Personaliti; Insomnia; Masalah tidur; Big-5 personality test; Bergen insomniascale
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22288
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2023 08:54
Last Modified:19 Sep 2023 08:54

Repository Staff Only: item control page