Pembekuan akaun bank melalui penghakiman Hiwalah di Mahkamah Syariah

Mohd Hazwan Ismail, (2023) Pembekuan akaun bank melalui penghakiman Hiwalah di Mahkamah Syariah. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 1-11. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Pembekuan akaun bank boleh dilaksanakan melalui perintah hiwalah setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah. Pembekuan akaun bank ini juga dilaksanakan terhadap bekas suami atau si bapa yang ingkar untuk membayar nafkah kepada tanggungannya. Dengan cara pembekuan akaun bank tersebut, bekas suami atau si bapa yang disebut penghutang tidak dapat mengakses segala transaksi keluar masuk bank miliknya. Dengan cara itu, kesemua wang yang berada di dalam akaun bank, akan dipindahkan ke akaun pemiutang (bekas isteri atau si ibu) daripada pihak ketiga (bank). Persoalan kajian timbul iaitu apakah wang di dalam bank dapat dipindahkan sekiranya tidak mencukupi seperti yang dituntut tunggakan nafkah dan mengenalpasti bank yang perlu kepada perasingan bank iaitu sama ada Islam atau konvensional serta kos tindakan yang dikenakan daripada pihak bank. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah penguatkuasaan hiwalah dapat ditunaikan oleh bank-bank dalam melaksanakan pembekuan akaun bank milik penghutang berdasarkan perintah mahkamah memandangkan ia baru saja dipinda daripada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Metod kajian ini menggunakan metod kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta kajian kes. Selain daripada itu, metod temubual turut digunakan bagi mengukuhkan kajian ini. Data statistik mengenai pendaftaran hiwalah di seluruh negeri dibentang dan dianalisis kes-kes di mahkamah syariah. Hasil kajian mendapati, pelaksanaan hiwalah boleh dilakukan dengan cara pemindahan kredit walaupun tidak mencukupi seperti yang dituntut tunggakan nafkah oleh pemiutang. Selain daripada itu, perasingan bank juga berlaku kepada bank RHB dan Maybank di mana kedua-dua bank tersebut perlu kepada perintah yang berasingan iaitu Islamic atau konvensional. Dan yang terakhir adalah mengenai kos yang dikenakan terhadap pelaksanaan hiwalah hanyalah bank CIMB sahaja yang mengenakan kos tindakan.

Item Type:Article
Keywords:Beku akaun; Tunggakan nafkah; Hiwalah; Perundangan; Mahkamah Syariah
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22291
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:02
Last Modified:25 Sep 2023 00:09

Repository Staff Only: item control page