Aplikasi Maqasid Syariah dalam ibadah bersuci dan solat bagi anggota sniper, Angkatan Tentera Malaysia

Mohd Sukri Haji Yahya, and Muhammad Nazir Alias, and Muhaidi Hj. Mustaffa Al-Hafiz, and Azlisham Abdul Aziz, and Mohamad Muntaha Hj Saleh, (2023) Aplikasi Maqasid Syariah dalam ibadah bersuci dan solat bagi anggota sniper, Angkatan Tentera Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 12-18. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
467kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Anggota sniper yang merupakan penembak tepat untuk mencederakan atau membunuh musuh serta memusnahkan sesuatu sasaran. Maka sudah pasti mereka sentiasa berdepan dengan kesulitan melaksanakan ibadah harian khususnya solat. Tugasan mereka tidak mengizinkan mereka untuk melakukan pergerakan yang banyak dan jelas bagi mengelakkan kedudukan mereka diketahui oleh pihak musuh. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, anggota sniper masih diwajibkan untuk melaksanakan ibadah seperti orang mukallaf yang lain. Justeru kajian ini dilakukan bagi tujuan menganalisis bentuk mashaqqah (kesulitan) anggota sniper serta kaedah pelaksanaan ibadah bersuci (ṭahārah) dan solat berasaskan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh syarak. Metode kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan analisis tematik dengan menganalisis secara induktif nas-nas syarak dan huraian para sarjana berkaitan dengan kaedah mashaqqah dan maqasid syariah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat cara khusus pelaksanaan ibadah berasaskan kepada rukhsah ketika menghadapi situasi sukar (mashaqqah) yang sesuai dilakukan oleh anggota sniper Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bab bersuci dan juga solat.

Item Type:Article
Keywords:Ibadah; Kesulitan; Sniper; Mashaqqah; Rukhsah; Maqasid Syariah; Bersuci; Solat
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22292
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:02
Last Modified:25 Sep 2023 00:11

Repository Staff Only: item control page