Masjid sebagai alternatif pusat penjanaan ekonomi masyarakat setempat: satu sorotan literatur

Mohamad Bazli Md Radzi, and Salmy Edawaty Yaacob, and Azlin Alisa Ahmad, (2023) Masjid sebagai alternatif pusat penjanaan ekonomi masyarakat setempat: satu sorotan literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 36-41. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Masjid merupakan sebuah institusi yang penting dalam membina tamadun dan peradaban umat Islam. Peranan masjid tidak terhad hanya sebagai tempat pelaksanaan ibadah khusus semata-mata, akan tetapi mencakupi pelbagai aktiviti termasuk sebagai penjanaan ekonomi masyarakat setempat. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk menyoroti peranan masjid dari aspek perekonomian. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatanan analisa kandungan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis literatur mendapati bahawa peranan masjid sebagai pusat kegiatan ekonomi masyarakat telah diperkasakan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kegiatan ekonomi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti koperasi masjid, pemberian bantuan modal, pelaksanaan konsep perniagaan sosial seperti penyewaan lot-lot kedai, rumah sewa, tapak menara telekomunikasi, khemah, peralatan kendurikendara, sewa dewan, sewa bilik kuliah dan perniagaan inap desa yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pengimarahan masjid. Di samping itu, terdapat juga aktiviti berbentuk penternakan seperti pusat membangunkan semula penternakan lembu bagi membekalkan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam menjana pendapatan. Melalui pelaksanaan aktiviti berkonsepkan perekonomian yang berpusat di masjid, mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Implikasi daripada sorotan ini menunjukkan justifikasi yang signifikan terhadap kajian lanjut berkaitan keperluan pemerkasaan peranan ini perlu diperhalusi sehingga dapat menghasilkan mekanisme atau modul khusus berkaitan perekonomian masjid agar boleh dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh di seluruh masjid di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Peranan masjid; Pembangunan ekonomi; Perniagaan sosial
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22297
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:02
Last Modified:25 Sep 2023 00:14

Repository Staff Only: item control page