Keperluan pembinaan panduan pemilihan calon pilihan raya untuk belia

Farrah Nuur Fatheaah Zullaile, and Zuliza Mohd Kusrin, and Anwar Fakhri Omar, (2023) Keperluan pembinaan panduan pemilihan calon pilihan raya untuk belia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 42-50. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Golongan pengundi muda berusia 18 tahun menimbulkan polemik dalam pilihan raya arena semasa. Kertas ini menganalisis keperluan panduan pemilihan calon pilihan raya untuk golongan belia dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan. Kajian ini mengkaji ciri-ciri pemilihan pemimpin menurut Islam dan sumber rujukan politik belia dalam pemilihan pemimpin. Sumber maklumat politik belia terdiri daripada media sosial dan berita media. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri pemilihan pemimpin menurut Islam adalah berdasarkan keperibadian, ketokohan, dan kredibiliti susuk pemimpin dalam konteks semasa. Selain itu, kajian ini juga mendapati keperluan untuk membina panduan pemilihan calon pilihan raya yang menekankan kematangan belia dalam berpolitik. Konteks politik di Malaysia tidak menyediakan panduan khusus bagi belia dalam memilih calon pilihan raya, hanya pendedahan yang terhadap sistem pilihan raya tanpa penjelasan yang menyeluruh mengenai pemilihan pemimpin. Dalam menghadapi perkembangan zaman dan situasi semasa, pembaharuan praktikal dalam memilih pemimpin mengikut sistem politik moden (demokrasi) di Malaysia adalah isu penting untuk diketengahkan demi masa depan negara.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Pemimpin; Politik; Islam; Pilihan raya
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22298
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:02
Last Modified:25 Sep 2023 00:15

Repository Staff Only: item control page