Pengoperasian kontrak Tawarruq dalam sistem teras perbankan Islam di Malaysia

Mohd Naufal Mohd Tarmizi, and Ahmad Hidayat Buang, and Mohd Zaidi Daud, (2023) Pengoperasian kontrak Tawarruq dalam sistem teras perbankan Islam di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 51-68. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
923kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Sistem teras perbankan Islam adalah sistem yang bertanggungjawab untuk merekod atau menyelia aktiviti dan transaksi perbankan Islam harian. Oleh kerana kontrak tawarruq merupakan antara konsep Syariah yang diaplikasi dalam produkan perbankan Islam, kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis kaedah mengoperasikan kontrak tawarruq ke dalam sistem teras perbankan Islam agar selari dengan tuntutan pematuhan Syariah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA 2013”). Kajian ini menganalisis data yang telah dikumpul melalui kaedah doktrin undang-undang dan kajian teks. Kajian ini mengenalpasti 17 pecahan proses yang terkesan dalam sistem teras perbankan Islam yang mampu memenuhi tuntutan pematuhan Syariah di bawah seksyen 28 dan 29, IFSA 2013. Malah, kajian ini menghasilkan keperluan-keperluan tawarruq pratakrif yang boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu ciri-ciri utama, rukun-rukun dan kombinasi kontrak Syariah. Penghasilan keperluan-keperluan tawarruq pratakrif ini boleh membantu pihak-pihak berkepentingan dalam membangunkan sistem teras perbankan Islam di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; Sistem teras perbankan; Pematuhan Syariah; Perbankan Islam; Tawarruq
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22299
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:02
Last Modified:25 Sep 2023 00:16

Repository Staff Only: item control page