Sejarah Pentadbiran Undang-Undang Zakat di Negeri Kedah 1955 - 1982: analisis penggubalan undang-undang bertulis

Mohd Shuzaini Soib, (2023) Sejarah Pentadbiran Undang-Undang Zakat di Negeri Kedah 1955 - 1982: analisis penggubalan undang-undang bertulis. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 69-78. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Negeri Kedah merupakan antara negeri yang terawal memiliki undang-undang zakat sendiri. Undang-undang pentadbiran zakat ini telah lama wujud iaitu sejak sebelum merdeka lagi, kemudian diangkat menjadi Enakmen Zakat Kedah 1955. Enakmen ini telah diguna pakai selama tempoh 60 tahun sehinggalah Enakmen Zakat Negeri Kedah 2015 digubal menggantikan Enakmen Zakat 1955. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai perubahan dan perkembangan berlaku dalam sejarah penggubalan undangundang ini. Ini bersesuaian dengan hehendak semasa masyarakat yang dinamik. Terdapat banyak pindaan berlaku ke atas peruntukan asal bagi tujuan melicin dan memudahkan pentadbiran zakat di negeri Kedah. Turut digubal undang-undang kecil seperti Peraturan-Peraturan Zakat 1962 dan juga Peraturan-Peraturan Zakat 1982 bagi mengisi kelompangan peruntukan. Kewujudan peraturan-peraturan ini adalah untuk menambahbaik pentadbiran undang-undang zakat yang sesuai dengan keadaan semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti undang-undang bertulis berkaitan zakat yang wujud di negeri Kedah. Kajian juga bertujuan melihat pindaan-pindaan yang dilakukan ke atas undang-undang zakat bermula dari tahun 1955 sehingga 1982. Penemuan kajian menunjukkan banyak penambahbaikan berlaku dalam tempoh 60 tahun pengurusan undnag-undang pentadbiran zakat di Negeri Kedah. Artikel ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kajian sejarah (historical approach) iaitu kajian bagi mengenalpasti asal usul sesebuah institusi diwujudkan atau melihat bagaimana sesuatu peruntukan atau sesuatu undang-undang itu digubal. Kajian mendapati terdapat kelompangan dari beberapa sudut. Justeru, di akhir artikel ini, beberapa cadangan penambahbaikan antaranya dalam aspek penguatkuasaan undang- undang ke atas pesalah-pesalah zakat. Selain itu penulis turut mencadangkan supaya.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah; Pentadbiran undang-undang; zakat; Kedah; Undang-undang bertulis
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22300
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:03
Last Modified:25 Sep 2023 00:17

Repository Staff Only: item control page