Undang-Undang Adat Sembilan Puluh Sembilan Negeri Perak: analisis daripada perspektif perundangan Islam

Muhammad Nazirul Mohd Sabri, and Jasni Sulong, (2023) Undang-Undang Adat Sembilan Puluh Sembilan Negeri Perak: analisis daripada perspektif perundangan Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 84-93. ISSN 2976-3916

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Masyarakat Melayu lama mempunyai banyak amalan adat yang bercampur baur dengan amalan agama Islam yang diamalkan dan diwarisi secara lisan atau tulisan daripada satu generasi ke satu generasi. Senario ini dapat dilihat dalam Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang menjadi asas dan peraturan rakyat negeri Perak suatu ketika dahulu. Namun begitu, terdapat beberapa fasal peruntukan di dalamnya yang dilihat bercanggah dengan undang-undang Islam sebenar yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah perkembangan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak yang menjadi tapak asas permulaan undang-undang Islam di Negeri Perak dan juga mengenal pasti sejauh mana bercanggahnya undang-undang tersebut dengan undang-undang Islam sebenar. Kajian ini memfokuskan sejarah perkembangan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan di negeri Perak pada abad ke-17 berdasarkan peruntukan fasal dalam buku Umpama Sebuah Bahtera: Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak terbitan Arkib Negara Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengaplikasikan metode analisis kandungan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemerintahan Islam di Negeri Perak pada abad ke-17 dan seterusnya telah didominasi oleh keturunan Sayyid dari Hadramaut, Yaman. Selain itu, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dilihat lebih merupakan hukum adat Melayu Lama yang dicampuradukkan dengan beberapa peraturan Islam dalam beberapa fasal.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah perkembangan; Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan; Perundangan Islam; Masyarakat Melayu lama; Perak
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:22302
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:22 Sep 2023 09:03
Last Modified:25 Sep 2023 00:18

Repository Staff Only: item control page