Pandemik dan kesan psikologi terhadap pelajar dalam pembelajaran dalam talian

Hazaila Hassan, and Azana Hafizah Mohd Aman, and Sharifah Dora Syed Abdul Bahri, and Noorziha Mohd Kasirun, (2023) Pandemik dan kesan psikologi terhadap pelajar dalam pembelajaran dalam talian. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (1). pp. 29-40. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
524kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/index

Abstract

Pandemik Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) telah mencetuskan pelbagai kesan kepada banyak sektor perkhidmatan. Kesan ini juga melibatkan sistem pembelajaran dan pengajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ianya memberi impak yang besar terhadap psikologi pelajar terutamanya pengajian mereka dalam tempoh pandemik ini yang mana ianya menuntut setiap pelajar beradaptasi dengan corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian berbanding kaedah konvensional yang sedia ada. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat kesan psikologi pelajar di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM semasa pandemik dan kaitannya dengan pembelajaran secara maya. Seramai 128 orang pelajar tahun 2 bagi kursus Teknologi Rangkaian terlibat dalam kajian ini. Dapatan deskriptif yang dijalankan mendapati bahawa mereka berada dalam kategori sederhana setuju dalam aspek pembelajaran dalam talian dan material pembelajaran yang disediakan. Namun dari aspek penerimaan pula, sebanyak 50.8% sederhana bersetuju bagi mengikuti kelas secara dalam talian. Selain itu, sebanyak 47.5% sederhana setuju dari aspek tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diajarkan semasa sesi pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat faktor elemen psikologi yang melibatkan emosi dan kognitif menjadi cabaran pembelajaran kepada mereka yang boleh memberi natijah terhadap tekanan akademik khususnya kepada bidang pengajian mereka yang banyak memerlukan latihan amali melalui pembelajaran bersemuka. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satu pelantar dan sumber rujukan baharu khususnya terhadap institusi pendidikan di negara ini khususnya kepada bidang-bidang pengajian tertentu bagi memastikan sistem pembelajaran secara dalam talian dapat diimplementasikan dengan baik dan mengurangkan kesan negatif terhadap psikologi pelajar di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Norma baharu; Pembelajaran dalam talian; Kesan psikologi pelajar universiti; Pembelajaran maya
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:22336
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:12 Oct 2023 01:48
Last Modified:17 Oct 2023 00:53

Repository Staff Only: item control page