Kata panggilan kekeluargaan masyarakat Portugis di Melaka dan Jakarta: satu perbandingan awal

Nurfarahin Baharuddin, and Sa’adiah Ma’alip, (2023) Kata panggilan kekeluargaan masyarakat Portugis di Melaka dan Jakarta: satu perbandingan awal. Jurnal Melayu, 22 (1). pp. 1-15. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my//jmelayu/index

Abstract

Kajian ini berkenaan dengan bentuk kata panggilan kekeluargaan yang digunakan oleh masyarakat Kreol Portugis, Melaka dan Jakarta.Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk kata panggilan kekeluargaan, membandingkan bentuk-bentuk kata panggilan yang digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Kajian ini dijalankan di Perkampungan Portugis yang terletak di Ujong Pasir, Melaka dan masyarakat Portugis di Kampung Tugu, Jakarta di Indonesia. Justeru, bagi mendapatkan data yang diperlukan kaedah pemerhatian, temu bual tidak berstruktur dan soal selidik telah dilakukan. Dalam kajian ini sebanyak 10 orang informan terlibat dalam temu bual iaitu masing-masing lima orang daripada setiap masyarakat kreol Portugis yang dikaji. Sementara itu, sebanyak 60 orang responden dari masing-masingdari masyarakat kreol di Melaka dan di Jakarta terlibat dengan menjawab soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kedua dua masyarakat ini menggunakan bentuk-bentuk kata panggilan kekeluargaan dalam berinteraksi. Bentuk-bentuk panggilan yang digunakan sudah terdapat perubahan berbandingbentuk kata panggilan tradisional mereka. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa bentuk-bentuk kata panggilan antara kedua-dua masyarakat kajian terdapat persamaan dan perbezaan. Antara kata panggilan yang ketara menampakkan pengaruh tersebut ialah kata panggilan bapa dan ibu. Hasil kajian mendapati bentuk panggilan tersebut sudah terpengaruh dengan bahasa-bahasa yang dominan digunakan di negara masing-masing. Selain itu, perkahwinan campur yang berlaku antara masyarakat yang dikaji dengan masyarakat luar menyebabkan berlakunya perubahan pada penggunaan bentuk kata panggilan kekeluargaan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Sistem panggilan; Panggilan kekeluargaan; Kreol Portugis; Bahasa Kristang; Bahasa Tugu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:22359
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:16 Oct 2023 06:53
Last Modified:16 Oct 2023 06:53

Repository Staff Only: item control page