Kata penanda santun dalam kalangan guru sekolah menengah: suatu tinjauan

Winddy Kinduo, and Saidatul Nornis Mahali, (2023) Kata penanda santun dalam kalangan guru sekolah menengah: suatu tinjauan. Jurnal Melayu, 22 (1). pp. 16-33. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my//jmelayu/index

Abstract

Bahasa menjadi wahana komunikasi, integrasi sosial, pendidikan dan pembangunan bagi semua bangsa di dunia. Tidak banyak kajian yang dilakukan dalam konteks sekolah yang memerihal penggunaan penanda kata santun sama ada dalam situasi rasmi atau sebaliknya. Kajian ini dilaksanakan untuk meneliti penggunaan kata penanda santun dalam situasi rasmi, yakni mesyuarat guru di SMK Simpangan, Beluran, Sabah. Teori Deiksis Sosial Huang (2015) digunakan sebagai teori yang mendasari kajian ini. Data dianalisis menggunakan pendekatan korpus, yakni menerusi perisian AntConc. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat variasi kata penanda santun yang digunakan oleh guru-guru sebagai deiksis sosial, iaitu ‘cikgu’, ‘guru’, ‘pengetua’, ‘penolong kanan’, ‘ketua bidang’ dan ‘ketua panitia’. Kesemua panggilan itu digali keluar daripada rakaman interaksi dalam mesyuarat guru. Seyogia, pemilihan kata panggilan sebenarnya turut dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial seperti usia, jantina, kedudukan dan taraf pendidikan. Analisis kajian ini juga mendapati guru-guru berkenaan menggunakan kata panggilan yang seiring latar pesapa antaranya aspek status dan pekerjaan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru-guru mengamalkan perilaku santun menerusi bahasa dengan tidak menyebut nama seseorang pesapa secara terus tetapi menggunakan kata gelaran pekerjaan untuk tujuan bersantun. Guru-guru yang berperanan sebagai penyapa didapati berpegang kukuh kepada penggunaan kata penanda santun dengan mengungkapkan deiksis sosial terbabit sebagai penanda hormat terhadap pihak yang disapa. Ini kerana, menjadi suatu kekasaran dan tidak santun sekiranya seseorang penutur menyebut nama seseorang pesapa yang lebih berpangkat atau memiliki status sosial tersendiri. Oleh itu, penggunaan kata penanda hormat amat penting dalam pertuturan setiap penutur terutamanya dalam situasi bahasa yang bersifat rasmi.

Item Type:Article
Keywords:Kesantunan; Penanda santun; Deiksis sosial; Penanda hormat; Kata panggilan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:22360
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Oct 2023 06:53
Last Modified:17 Oct 2023 06:53

Repository Staff Only: item control page