Perkembangan sistem vokal dialek Hulu Perak Utara (DHPU): dahulu dan kini

Nur Habibah C.R., and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2023) Perkembangan sistem vokal dialek Hulu Perak Utara (DHPU): dahulu dan kini. Jurnal Melayu, 22 (1). pp. 67-88. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my//jmelayu/index

Abstract

Makalah ini membincangkan perincian sistem vokal dialek Hulu Perak Utara (DHPU) merentasi peredaran masa. Kajian ini dilakukan untuk menghurai sistem vokal DHPU dan seterusnya mengenalpasti evolusi yang berlaku melalui perbandingan dengan Melayik Purba (MP), Adeelar (1992) dan bahasa Melayu Purba (BMP) oleh Asmah (2008). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis perbandingan kualitatif yang dilakukan secara sinkronik dan diakronik. Matlamat sinkronik ini dipenuhi melalui pendeskripsian sistem vokal DHPU. Manakala matlamat diakronik dilakukan dalam merekonstruksi, meneliti perkembangan sistem vokal DHPU berdasarkan inovasi dan retensi yang dibandingkan dengan sistem vokal MP serta BMP. Pengumpulan data di lapangan menggunakan metode cakap yang disusuli dengan teknik temu bual semuka secara langsung dan tidak langsung. Data daftar kata melibatkan sembilan bidang semantik, iaitu waktu, bilangan, anggota tubuh badan, alat kelengkapan rumah, binatang, kekeluargaan, kata ganti nama, alam persekitaran dan emosi dan perbuatan. 9 kampung dipilih mewakili 9 varian HPU. Terdapat dua dapatan utama hasil daripada kajian yang dilakukan. Pertama, DHPU tergolong dalam dialek yang memiliki ‘sistem enam-vokal’. Kedua, evolusi sistem vokal DHPU mengalami 4 jenis retensi dan 2 jenis inovasi melalui perbandingannya dengan MP, namun sistem vokal DHPUP adalah refleks langsung daripada BMP iaitu mengekalkan sistem enam-vokal. Implikasi daripada kajian ini dapat memberikan perspektif yang lebih jelas dan terkini terhadap kajian awal vokal DHPUP sebelum ini dan diharap memberi sumbangan dalam pembinaan semula bahasa Melayu Purba.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu purba; Dialek Hulu Perak Utara; Perbandingan kualitatif; Sistem enam-vokal; Vokal purba
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:22363
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Oct 2023 07:28
Last Modified:23 Oct 2023 00:59

Repository Staff Only: item control page