Analisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat di negeri Selangor

Abdul Fattah Kamarudin, and Muhammad Mustaqim Darus, and Mohamad Azhan Yahya, and Ahmad Azam Mohd Shariff, (2023) Analisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat di negeri Selangor. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 32 . pp. 73-84. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Selain daripada hukuman sedia ada, mahkamah syariah turut boleh menjatuhkan hukuman alternatif. Kajian ini bertujuan menganalisis pelaksanaan hukuman alternatif dalam kes khalwat oleh mahkamah syariah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan isu berkaitan. Kajian ini ditumpukan kepada bentuk-bentuk penghakiman dalam kes jenayah khalwat yang dijatuhkan oleh semua mahkamah rendah syariah di negeri Selangor dengan melihat kepada justifikasi penghakiman samada berbentuk punitif mahupun rehabilitatif. Data dikumpul dengan mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan. Data primari dan sekunder berkaitan hukuman alternatif dalam kes khalwat dikumpul bagi mengenal pasti permasalahan serta persoalan kajian. Temubual turut dijalankan ke atas hakim mahkamah rendah syariah dan pendakwa syarie di negeri Selangor, pegawai penjara Malaysia dan pegawai pusat koreksional Malaysia dalam bentuk berstruktur dan separa struktur. Kajian mendapati kelompangan dalam peruntukan Enakmen Jenayah Syariah dan Enakamen Tatacara Jenayah Syariah berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif. Kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan peruntukan undang-undang terbabit diperincikan dan diperkemaskan. Adalah diharapkan agar analisis kajian akan berupaya menangani permasalahan berkaitan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah. Semoga kajian ini juga berupaya memperkasakan pelaksanaan hukuman alternatif di mahkamah syariah dan seterusnya membantu mahkamah dalam membuat penghakiman.

Item Type:Article
Keywords:Hukuman alternative; Mahkamah syariah; Restorative; Khalwat; Penghakiman kes
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:22374
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Oct 2023 04:46
Last Modified:19 Oct 2023 04:46

Repository Staff Only: item control page