Implikasi perundangan terhadap industri sukan semasa pandemik

Jady@ Zaidi Hassim, and Zairul Izzain Ibrahim, (2023) Implikasi perundangan terhadap industri sukan semasa pandemik. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 32 . pp. 85-95. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index

Abstract

Pandemik COVID--19 telah memberikan impak yang besar sehingga menyebabkan corak kehidupan masyarakat, perniagaan, aktiviti sosial, pendidikan dan juga aktiviti sukan turut berubah sama sekali. Wabak ini yang pertama kali dikesan pada bulan Disember 2019, dan sehingga hari ini telah mencatatkan sebanyak 227 juta kes dan 4.6 juta kematian di seluruh dunia. Akibat daripada wabak ini, undang-undang khas berkaitan COVID--19 seperti Perintah Kawalan Pergerakan telah diperkenalkan dan menyebabkan industri sukan terkesan secara langsung seperti krisis kestabilan ekosistem industri sukan, isu pembatalan kontrak pekerjaan, pertandingan dan penyiaran. Pandemik ini telah menyukarkan pihak-pihak berkontrak untuk menyempurnakan tanggung jawab mereka seperti yang dipersetujui di dalam kontrak. Kajian ini akan melihat apakah wujud undang-undang, polisi atau statut atau peraturan baru bagi membantu industri sukan semasa pandemik. Keperluan untuk melihat kedudukan perundangan ini penting bagi memastikan pihak yang terkesan dilindungi dan mendapat akses kepada keadilan sewajarnya dan dilindungi secara total seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan analisis perundangan dengan mengkaji kandungan undang-undang (kebangsaan) berkaitan serta membandingkannya dengan peraturan badan sukan dunia (antarabangsa). Kajian mendapati kedua-dua aspek kebangsaan dan antarabangsa adalah saling melengkapi. Kajian ini juga mencadangkan agar peruntukan undang-undang ke atas industri sukan perlu diselaraskan seadilnya dalam ketiga-tiga elemen iaitu keperluan akses kepada keadilan menurut SDG2030, pematuhan kepada undang-undang antarabangsa dan kebangsaan serta konsisten dengan peraturan dan perlembagaan badan sukan dunia.

Item Type:Article
Keywords:COVID--19; Keadilan; Industri sukan; Undang-undang kebangsaan; Peraturan antarabangsa
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:22375
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Oct 2023 07:13
Last Modified:19 Oct 2023 07:13

Repository Staff Only: item control page