Ramalinggam Rajamanickam, and Yoganathan Maniam, and Prakash Adhi Nariayan, and Nur Insyirah Mohamad Noh, (2023) Kewajipan undang-undang dalam penyediaan, penyimpanan dan penyenggaraan buku rekod guru. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 32 . pp. 97-104. ISSN 1394-7729
|
PDF
233kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/index
Abstract
Buku rekod guru merupakan dokumen yang amat penting. Buku rekod ini mengandungi rancangan pelajaran harian dan rancangan pelajaran tahunan yang disediakan oleh seseorang guru mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan. Oleh itu, seseorang guru bertanggungjawab untuk menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekodnya mengikut keperluan dan ketetapan undang-undang. Sehubungan dengan itu, penulisan ini akan menganalisis kedudukan undang-undang yang berkaitan dengan penyediaan, penyimpanan dan penyenggaraan buku rekod guru di Malaysia. Penulisan ini dimulakan dengan menjelaskan maksud buku rekod guru dan kepentingannya dalam profesion keguruan. Selanjutnya, penulisan ini akan menilai peruntukan undang-undang yang relevan tentang kewajipan seseorang guru dalam aspek penyediaan, penyimpanan dan penyenggaraan buku rekod guru. Akhir sekali, penulisan ini akan menganalisis liabiliti yang akan dikenakan kepada seseorang guru kerana tidak menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekod guru. Bagi mencapai objektif yang digariskan, penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah penerangan serta analitis dan kritis. Kaedah analisis kandungan juga digunakan dalam meneliti undang-undang yang relevan. Penulisan ini mendapati bahawa guru mempunyai kewajipan untuk menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekod guru mengikut Peraturan 8 Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Guru yang melanggar Peraturan 8 ini dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda mengikut Peraturan 11 (2) Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Kewujudan hukuman kepada pelanggaran kewajipan ini menunjukkan peri pentingnya buku rekod guru. Rentetan itu, penulisan ini mencadangkan agar guru-guru diberi pengetahuan tentang kewajipan dan liabiliti yang berkaitan dengan buku rekod guru agar mereka tidak dikenakan apa- apa tindakan undang-undang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buku rekod guru; Kewajipan undang-undang; Liabiliti; Malaysia |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 22376 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Oct 2023 07:29 |
Last Modified: | 19 Oct 2023 07:29 |
Repository Staff Only: item control page