Kesan tembakan jarak dekat ke atas bahan binaan kapal nelayan resak, seraya dan balau

Khairul Osman, and Mohd Najib Sam, and Tan, Glenna Jie Yee and Gina Francesca Gabriel, and Noor Hazfalinda Hamzah, and Mohd Zulkarnain Embi, and Ahmad Zamri Md Rejab, (2023) Kesan tembakan jarak dekat ke atas bahan binaan kapal nelayan resak, seraya dan balau. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 21 (2). pp. 61-71. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1573

Abstract

Kes tembakan senjata api jarak dekat ke atas kapal nelayan di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan adalah untuk membuktikan bagaimana jenayah tembakan dilakukan. Bagi menyelesaikan masalah ini model sudut tembakkan dan pantulan dalam ruang kecil perlu dibina. Kajian ini mengkaji kesan tembakan pistol CZ 75 SP-01 Shadow separa automatik buatan Republic Czech bersama peluru 9 mm FMJ 7.45 gm ke atas tiga jenis kayu yang selalu digunakan untuk membuat kapal nelayan. Faktor jarak tembakan (1, 3, 5 dan 10 m), sudut tembakan (15°, 30°, 45°, 60°, 75° dan 90°), sudut pantulan, dan jenis bahan binaan rumah kapal nelayan (Resak, Seraya dan Balau) dikaji. Keputusan kajian menunjukkan hanya 114 daripada 432 tembakan menghasilkan pantulan. Tembakkan ke atas kayu Resak menghasilkan beberapa pantulan peluru pada sudut tembakan 15° dan 30° dan jarak 1 m. Model persamaan menghubungkan sudut pantulan dan tembakkan berjaya dihasilkan. Kayu Seraya pula menghasilkan beberapa pantulan pada sudut tembakkan 15° dan jarak 1m sahaja dan ujian statistik menunjukkan bahawa model persamaan tidak boleh dibina. Bagi kayu Balau pula, model persamaan berjaya dihasilkan. Ia menghubungkan sudut pantulan dan jarak tembakkan. Ujian Validasi ke atas model kayu Resak dan Balau, menunjukkan model Resak mempunyai kejituan sebanyak 90%. Model kayu Balau pula tidak berjaya menghasilkan sebarang keputusan yang betul dan dengan itu tidak boleh dipercayai. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor yang dikaji tidak mencukupi untuk menerangkan kejadian pantulan peluru apabila tembakan dilakukan pada jarak dekat dalam ruang yang tertutup.

Item Type:Article
Keywords:Resak; Seraya; Balau; Pantulan; Tembakan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:22384
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:21 Oct 2023 06:21
Last Modified:23 Oct 2023 04:18

Repository Staff Only: item control page