Persepsi pelajar dalam memperkasa pembelajaran aktif melalui pelantar maya alternatif Telegram semasa pasca pandemik Covid-19.

Mizhanim Mohamad Shahimin, (2023) Persepsi pelajar dalam memperkasa pembelajaran aktif melalui pelantar maya alternatif Telegram semasa pasca pandemik Covid-19. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 121-127. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
210kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kajian ini mengkaji persekitaran e-pembelajaran menggunakan aplikasi Telegram, semasa gangguan pembelajaran akademik bersemuka akibat pandemik Covid-19. Telegram digunakan sebagai pelantar alternatif pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mengatasi masalah sambungan dan ketersediaan capaian internet dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Namun, pelaksanaan PdP aktif adalah terhad dan sukar kerana persekitaran e-pembelajaran yang masih baharu dan memerlukan tahap kemahiran digital pelajar yang tinggi. Kajian dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar dalam memperkasa pembelajaran aktif melalui Telegram. Subjek kajian adalah pelajar prasiswazah Optometri Tahun Tiga (n=32), Sesi 2020/2021, yang mendaftar kursus Penglihatan Binokular. Pelajar terpaksa meneruskan PdP secara maya walaupun terdapat kekangan kepada capaian internet untuk pembelajaran. Pensyarah telah merancang semula bahan kursus menjadi lebih interaktif untuk pengalaman pembelajaran segerak yang lebih baik. Telegram menyediakan pelantar interaktif untuk memastikan penyertaan aktif daripada pelajar, seperti ‘chat’, emoji animasi, ‘gif’ dan perkongsian dokumen yang mudah semasa sesi berlangsung. Pelajar diminta menilai kaedah PdP menggunakan Telegram ini melalui borang soal selidik. Dapatan kajian dibincangkan dalam lima kategori meliputi sumbangan terhadap pembelajaran, kandungan modul dan penyampaian pensyarah dan maklum balas lain. Majoriti pelajar memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan PdP menggunakan Telegram. Pendekatan ini memungkinkan kelangsungan aktiviti PdP melalui persekitaran e-pembelajaran alternatif secara aktif.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan Pengajaran Alternatif; Pembelajaran Segerak; Pembelajaran Aktif; Telegram; Optometri
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22468
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Nov 2023 02:36
Last Modified:14 Nov 2023 04:08

Repository Staff Only: item control page