Kesan dan cabaran pelaksanaan kursus khidmat komuniti Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Amnah Saayah Ismail, and Nurhana Mohd Rafiuddin, and Nor Nazimi Mohd Mustaffa, and Nur Surayya Mohd Saudi, and Aida Nasirah Abdullah, (2023) Kesan dan cabaran pelaksanaan kursus khidmat komuniti Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 77-85. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
291kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Kursus Khidmat Komuniti yang merupakan salah satu kursus Mata Pelajaran Umum dalam kelompok Umum 4 (U4) telah ditawarkan sejak 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kursus ini merupakan kursus elektif wajib. Pelaksanaan kursus ini memerlukan para pelajar membangunkan sebuah program khidmat komunti secara berkumpulan bermula dari merangka kertas cadangan program, penyediaan poster, pendanaan, penyediaan video dan penulisan laporan. Objektif penulisan ini adalah untuk melihat apakah faktor yang mencetuskan minat pelajar, cabaran yang dihadapi serta inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya. Kajian kes ini melibatkan lapan responden dalam kalangan pelajar UPNM yang pernah mengambil kursus ini. Responden telah ditemubual dan maklum balas mereka direkodkan menggunakan Microsoft Teams. Rakaman tersebut kemudiannya ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar keseluruhannya amat berpuas hati dan menghayati kursus ini melalui program khidmat komuniti yang dilaksanakan. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang dilalui oleh para pelajar semasa melaksanakan program khidmat komuniti; sebagai contoh masalah untuk mendapatkan dana program dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan khidmat komuniti secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. Kajian ini akan memberi cadangan kepada penambahbaikan pelaksanaan kursus ini supaya para pelajar dapat mengoptimumkan kebolehan diri dan kerja berkumpulan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Khidmat Komuniti; Pelajar; Mata Pelajaran Umum
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22470
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Nov 2023 03:04
Last Modified:14 Nov 2023 06:25

Repository Staff Only: item control page