Asfarina Zanudin, and Siti Nur Akma Kamaruddin, and Zainura Abdul Karim, (2023) Analisis program mobiliti pelajar secara Maya di antara Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bunkyo-Gakuin University, Jepun, Pasca-Pandemik Covid-19. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 19-26. ISSN 0128-2735
|
PDF
332kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Aplikasi kaedah pembelajaran secara dalam talian semakin meningkat pasca-pandemik Covid-19. Program mobiliti pelajar secara fizikal turut terjejas kesan daripada sekatan perjalanan di seluruh dunia, lebih-lebih lagi bagi negara dengan kes harian yang tinggi. Maka dengan itu, program mobiliti pelajar secara maya diperkenalkan sebagai alternatif untuk meneruskan pembelajaran global. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar universiti yang mengambil bahagian dalam program pertukaran maya di antara mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Bunkyo-Gakuin University, Jepun. Program ini telah berlangsung bermula Disember 2020 sehingga Mac 2021. Seramai 21 pelajar daripada UKM telah melengkapkan soal selidik yang diagihkan melalui platform Google Form. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa data. Hasil kajian mendapati para peserta sangat berpuas hati dengan pengurusan dan kandungan program yang mencapai objektif dan ekspektasi peserta. Keberkesanan program dapat dipertingkatkan dengan menambah lebih banyak sesi interaktif dan permainan dalam talian antara peserta. Para pelajar turut memberikan respon positif untuk terlibat lagi di dalam program sebegini di masa hadapan. Program mobiliti maya mempunyai potensi yang tinggi untuk memupuk pembelajaran secara global merentas budaya dan bangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Program Mobiliti Maya; Pembelajaran dalam Talian; Pertukaran Budaya; Kolaborasi Antarabangsa; Internalisasi |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 22473 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 10 Nov 2023 03:17 |
Last Modified: | 14 Nov 2023 06:26 |
Repository Staff Only: item control page