Pembentukan Kemahiran Insaniah melalui kursus Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) di Universiti Teknologi MARA

Noor Afzan Zakaria, and Fairus Muhamad Darus, and Nooraidah Mokhtar, (2023) Pembentukan Kemahiran Insaniah melalui kursus Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) di Universiti Teknologi MARA. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (1). pp. 111-119. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
203kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Demi menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara, mahasiswa yang dibentuk oleh universiti perlu mempunyai personaliti berketrampilan dan berkemahiran holistik. Salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa adalah melalui kursus kokurikulum. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), beberapa kursus kokurikulum dipilih untuk melaksanakan aktiviti Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) yang bertujuan untuk menggalakkan perkhidmatan masyarakat dan tanggungjawab sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat pembentukan kemahiran insaniah di kalangan pelajar yang menyertai kursus kokurikulum yang termasuk aktiviti SULAM. Kajian ini dilaksanakan melalui soal selidik dalam talian yang melibatkan mahasiswa di kampus-kampus UiTM. Dalam kajian ini tujuh elemen kemahiran insaniah telah diukur iaitu pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, komunikasi, kerja berkumpulan, etika dan moral profesional, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, dan kepimpinan. Hasil kajian menunjukkan impak positif terhadap pembentukan kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti SULAM sebagai sebahagian daripada kursus kokurikulum. Ini menunjukkan bahawa kursus kokurikulum yang melibatkan aktivii SULAM dapat membantu pelajar mengembangkan kemahiran insaniah mereka. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menekankan kepentingan menggabungkan aktiviti seperti SULAM, ke dalam kurikulum universiti sebagai cara untuk menggalakkan pembangunan holistik pelajar dan mempersiapkan mereka untuk kejayaan di masa depan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran Insaniah; Service Learning; Kokurikulum; Universiti Teknologi MARA
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:22476
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:10 Nov 2023 03:53
Last Modified:14 Nov 2023 06:37

Repository Staff Only: item control page