Mohd Roslan Mohd Nor, and Muhammad Khalis Ibrahim, (2023) Deal of the century: analisis impaknya terhadap proses damai Israel-Palestin dan kestabilan timur tengah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 (1). pp. 47-57. ISSN 0216-5636
|
PDF
283kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1604
Abstract
Semasa pentadbiran Trump, Amerika Syarikat telah mengemukakan satu pelan damai di Timur Tengah yang dikenali sebagai “Deal of the Century” (DOTC). DOTC merupakan pelan untuk mengemukakan “solusi” kepada konflik hubungan Israel-Palestin. Pelan tersebut telah mengundang pelbagai kritikan berikutan pentadbiran Trump yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem. Apakah isi pelan damai tersebut dan bagaimanakan ia akan dilaksanakan? Mengapakah keputusan sedemikian telah diambil oleh Trump? Adakah Joe Biden yang kini menggantikan Trump sebagai Presiden AS akan meneruskan pelan DOTC tersebut? Bagi merungkai persoalan-persoalan ini, makalah ini bertujuan untuk mengkaji isi perjanjian tersebut dan menganalisis impaknya terhadap proses damai Israel-Palestin serta kestabilan di rantau Timur Tengah. Untuk mencapai objektif ini, analisis kandungan secara kritikal telah dibuat terhadap isi perjanjian DOTC serta laporan dan kajian sedia ada yang berkait dengan DOTC. Secara asasnya, isi perjanjian DOTC lebih memberi kelebihan kepada Israel, sekaligus menyerlahkan sikap AS yang pro-Israel. Ia akan menyukarkan lagi proses damai antara Israel dan Palestin kerana hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Selain itu, DOTC turut berpotensi menyebabkan berlakunya proses pemetaan semula Timur Tengah dan mengundang penglibatan kuasa-kuasa di rantau tersebut. Makalah ini menghujahkan DOTC sebagai satu projek yang gagal kerana tidak mampu menarik pihak-pihak yang terlibat untuk ke meja rundingan. Perjanjian ini dijangka tidak akan diteruskan oleh Biden yang berkemungkinan akan mengemukakan pelan damai yang tersendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jerusalem; Trump; Deal of the Century (DOTC); Israel; Palestin; Timur Tengah |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 22480 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 17 Nov 2023 01:45 |
Last Modified: | 17 Nov 2023 01:45 |
Repository Staff Only: item control page