Konsep rayuan kes dalam kehakiman Islam

Mohd Afizul Hakim Ibakarim, and Mohd Al Adib Samuri, and Noor Aziah Mohd Awal, (2023) Konsep rayuan kes dalam kehakiman Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 (1). pp. 139-148. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1604

Abstract

Mahkamah syariah di Malaysia memberikan peluang terhadap pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah rendah membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Namun, persoalan sejauh mana rayuan mempunyai asas dalam sistem kehakiman Islam adalah suatu yang wajar untuk dibincangkan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membahaskan tentang konsep rayuan menurut hukum syarak, menganalisa petikan kes-kes rayuan yang terdapat dalam sumber hukum dan pandangan fuqaha terhadap rayuan dalam kehakiman Islam. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang dibuat secara deskriptif. Kajian mendapati perbahasan rayuan oleh fuqaha klasik sangat terhad dan hanya merujuk kepada keputusan yang bercanggah dengan hukum syarak dan pembetulan dibuat oleh hakim kedua. Amalan rayuan di mahkamah syariah pada masa kini telah mengadaptasi prosedur di mahkamah sivil yang membolehkan pihak yang terkilan memfailkan rayuan walaupun keputusan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Kajian ini penting dalam menunjukkan evolusi sistem kehakiman Islam dalam menegakkan keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.

Item Type:Article
Keywords:Rayuan; Mahkamah Syariah; Hukum syarak; Kes-kes rayuan; Fuqaha
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:22494
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Nov 2023 07:17
Last Modified:17 Nov 2023 07:17

Repository Staff Only: item control page