Isu tabungan Orang Melayu dalam sejarah pengerjaan haji era kapal laut

Aiza Maslan @ Baharudin, and Mahani Musa, (2023) Isu tabungan Orang Melayu dalam sejarah pengerjaan haji era kapal laut. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (2). pp. 92-108. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
489kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini bertujuan meneliti aspek tabungan orang Melayu untuk tujuan menunaikan haji semasa era pelayaran kapal laut. Masalah yang timbul ekoran kurang persediaan dari segi kewangan dalam usaha menunaikan rukun Islam kelima ini telah mendapat perhatian para pentadbir dan cerdik pandai Melayu sejak 1930-an lagi. Kritikan sering ditumpukan kepada kaedah penyimpanan wang secara tradisional yang sering menjerumuskan orang Melayu yang berhasrat menunaikan haji ke kancah hutang sehingga ada sarjana mengaitkan haji sebagai salah satu punca kemiskinan orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada sumber pertama seperti Report of the Pilgrims Economic Welfare Committee, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan British Adviser. Hasil kajian ini mendapati bahawa, selain kaedah tabungan tradisional yang tidak menguntungkan, ketidakcukupan wang untuk membiayai perbelanjaan naik haji atau terputus belanja semasa berada di Makkah juga berpunca daripada beberapa isu lain seperti turun naik matawang, penggunaan mata wang asing yang tidak seragam serta kurang panduan daripada pihak kerajaan tentang persediaan kewangan bagi jemaah haji di Tanah Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Naik Haji; Tabungan tradisional; Hutang, Isu riba; Mata wang asing
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:22558
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:23 Nov 2023 06:50
Last Modified:23 Nov 2023 07:17

Repository Staff Only: item control page