Pengkomersialan tanaman kelapa di Selangor sebelum tahun 1940

Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli, (2023) Pengkomersialan tanaman kelapa di Selangor sebelum tahun 1940. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (2). pp. 122-136. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
501kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Tempoh separuh pertama abad ke-20 menyaksikan kemunculan dan perkembangan tanaman kelapa di Selangor sebagai sektor pertanian berorientasikan eksport. Selangor merupakan antara negeri yang begitu produktif dengan hasil kelapa dan menjadi penyumbang kepada kuantiti eksport kelapa di Tanah Melayu. Menjelang penghujung abad ke-19, hasil kelapa semakin mendapat permintaan yang menggalakkan di pasaran antarabangsa apabila negara-negara Eropah mula beralih kepada penggunaan kelapa sebagai bahan mentah untuk industri pembuatan dan makanan. Melihat kepada potensi tanaman kelapa sebagai komoditi eksport yang mempunyai nilai ekonomi menyebabkan usaha untuk mengkomersialkan penanamannya mula diberi perhatian khusus oleh pihak British. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji strategi pengkomersialan tanaman kelapa di Selangor dan menganalisis implikasinya kepada perkembangan sektor penanaman kelapa sebelum tahun 1940. Bagi menjelaskan persoalan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kajian perpustakaan dengan merujuk kepada Fail Setiausaha Kerajaan Selangor, Laporan Tahunan Negeri Selangor dan rekod-rekod Jabatan Pertanian. Hasil perbincangan menunjukkan strategi khusus melibatkan aspek tadbir urus, perundangan dan hak pemilikan tanah yang dilaksanakan untuk mengkomersialkan tanaman kelapa telah mengubah corak perkembangan sektor penanaman kelapa daripada tanaman makanan kepada sektor pertanian komersial yang menghasilkan komoditi eksport. Pengeluaran tanaman kelapa secara besar-besaran telah membawa kepada kemunculan industri berasaskan kelapa yang menghasilkan produk seperti minyak kelapa dan kelapa kering untuk dieksport sebagai bahan mentah bagi memenuhi permintaan di pasaran antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Jabatan Kelapa; Enakmen Pertanian; Tanah kelapa; Industri kelapa; Produk kelapa
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:22567
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:23 Nov 2023 06:50
Last Modified:23 Nov 2023 07:20

Repository Staff Only: item control page