Dari Barisan ke Perikatan: politik, parti, dan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2022

Ariff Aizuddin Azlan, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2023) Dari Barisan ke Perikatan: politik, parti, dan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2022. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (2). pp. 137-153. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) mengalami kejatuhan mendadak dalam sokongan pengundi – khasnya di kawasan-kawasan bandar dan generasi muda, termasuk dalam kalangan etnik Melayu. Akibatnya, kerajaan BN tumbang pada PRU 2018 sebelum kembali ke pentadbiran persekutuan pada Mac 2020 (pentadbiran Muhyiddin Yassin) dan Ogos 2021 (pentadbiran Ismail Sabri) dengan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN). Pada PRU 2022 yang diadakan pada November, dengan keyakinan tinggi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam pilihan raya itu, BN telah digerakkannya untuk bertanding secara berasingan daripada PN menyebabkan persaingan pelbagai penjuru berlaku yang menyaksikan tentangan hebat dari PN dan Pakatan Harapan (PH). Keyakinan Ahmad Zahid ada asasnya. Pada lewat 2021, sebuah Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di Melaka, sebelum sebuah lagi PRN diadakan di Johor pada Mac 2022. BN kembali memenangi kedua-dua negeri itu yang dirampas PH dalam PRU 2018, menerusi persaingan tiga penjuru, dengan mencatatkan kemenangan besar. Sebaliknya, prestasi BN terus merosot dalam PRU 2022, dengan hanya memenangi 30 kerusi parlimen, berbanding 79 kerusi pada PRU 2018, daripada keseluruhan 222 kerusi. Berasaskan kajian lapangan dan sumber sekunder, artikel ini membuat tinjauan ke atas persaingan politik Melayu dalam PRU 2022, melibatkan isu dan strategi berkempen parti-parti utama yang bersaing, sebelum menganalisis faktor-faktor yang membentuk dan mengubah pola pengundian Melayu di dalam pilihan raya itu.

Item Type:Article
Keywords:Barisan Nasional; Pakatan Harapan; Perikatan Nasional; Pilihan Raya Umum 2022; Politik Melayu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:22568
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:23 Nov 2023 06:50
Last Modified:23 Nov 2023 07:21

Repository Staff Only: item control page