Politik & perniagaan dalam PRU-15: perspektif elit

Abdul Muein Abadi, and Jamaie Hj. Hamil, (2023) Politik & perniagaan dalam PRU-15: perspektif elit. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (2). pp. 154-181. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Kedinamikan hubungan antara politik dan perniagaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia sangat menarik untuk dianalisis. Kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini telah menamatkan penguasaan gabungan parti yang mendominasi akumulasi dan konsentrasi kekayaan (accumulation and concentration of wealth) di peringkat pusat menerusi praktik politik penaungan di Malaysia sejak merdeka. Selain menamatkan dominasi BN, PRU-14 turut membuka kesedaran kritis dalam kalangan massa terhadap pembiayaan politik serta hubungan antara politik dan perniagaan, khususnya rentetan skandal kleptokrasi terbesar dalam sejarah iaitu 1MDB dan Najib Razak. Melalui data sekunder, kajian ini menganalisis hubungan antara politik dan perniagaan menerusi perspektif elit yang memimpin parti-parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Dapatan hubungan antara elit politik dengan perniagaan dianalisis melalui aspek pemilikan langsung elit politik dalam syarikat swasta, pemilikan elit politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pemilikan ahli keluarga terdekat elit politik dalam syarikat swasta dan GLC, serta pemilikan sahabat terdekat elit politik dalam syarikat swasta dan GLC. Kajian ini turut merefleksi implikasi hubungan antara elit politik dan perniagaan dari sudut pandang kesaksamaan pendanaan politik yang cukup kritikal bagi persaingan politik yang adil dalam sistem demokrasi.

Item Type:Article
Keywords:Perniagaan politik; Elit politik; PRU-15; Pendanaan politik; GLCs
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:22572
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:23 Nov 2023 06:50
Last Modified:23 Nov 2023 07:21

Repository Staff Only: item control page