Kecenderungan pengundi baharu dalam pilihan raya umum ke-15

Mohd Mahadee Ismail, and Zatul Himmah Adnan, and Mohd Sobhi Ishak, (2023) Kecenderungan pengundi baharu dalam pilihan raya umum ke-15. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (2). pp. 224-240. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
546kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang kecenderungan pengundi baharu yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi baharu yang pertama kali mengundi adalah sekitar 6.2 juta orang di mana seramai 1.3 juta pengundi berusia di antara 18 hingga 20 tahun. Oleh kerana mereka adalah kumpulan pertama kali mengundi, maka kecenderungan sokongan politik mereka tidak jelas. Banyak pihak tertanya-tanya ke mana hala tuju sokongan politik mereka khususnya dalam persaingan banyak penjuru yang melibatkan kerjasama politik besar seperti Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gerakan Tanah Air. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mengupas kecenderungan pengundi baharu semasa tempoh masa berkempen PRU15 yang lalu melalui survei yang dilaksanakan secara atas talian. Survei tersebut dilaksanakan secara terbuka dengan sasaran kepada mereka yang layak untuk mengundi dan seramai 1438 orang responden telah memberi maklum balas. Hasil kajian menunjukkan 91 peratus daripada jumlah keseluruhan responden akan keluar mengundi dan mereka cenderung untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti dan bebas rasuah, tidak mungkir janji serta berpendidikan tinggi. Sebahagian besar kumpulan responden juga cenderung untuk menyokong aliran politik yang bersifat nasional. Dari itu, pengundi baharu yang pertama kali mengundi dilihat sudah mempunyai tingkat intensiti literasi politik yang baik. Mereka menjadi penentu perubahan arus sokongan politik yang tidak terkait dengan eleman politik naungan sepertimana generasi dahulu. Mereka juga boleh manjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat umumnya dan kepimpinan negara khususnya.

Item Type:Article
Keywords:Pengundi baharu; Undi 18; Belia; PRU15; Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:22576
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:23 Nov 2023 06:50
Last Modified:23 Nov 2023 07:25

Repository Staff Only: item control page