Nazira Sadiron, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Norruzeyati Che Mohd Nasir, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Rozainee Khairudin, (2023) Faktor psikologi dan keparahan penagihan dadah dalam kalangan penagih dadah di Semananjung Malaysia. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 3-16. ISSN 0126-5008
|
PDF
336kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593
Abstract
Penagihan dadah merupakan penyakit sosial yang seolah tiada jalan penghujungnya. Saban tahun statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan peningkatan bilangan penagih dadah yang didominasi oleh golongan lelaki daripada lingkungan umur 20 hingga 40 tahun. Masalah ini juga semakin menghantui golongan remaja bawah umur. Walaupun pelbagai kajian telah menjelaskan tentang faktor penyebab yang menyumbang kepada keterlibatan individu dalam penagihan dadah, namun begitu, perbandingan aspek psikologi mengikut tahap keparahan penagihan masih belum diketahui. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keparahan penagihan dadah serta menganalisis perbandingan profil psikologikal mengikut tahap keparahan dalam kalangan penagih dadah di Malaysia. Kajian kuantitatif yang mengguna pakai reka bentuk keratan rentas jenis jenis kaedah tinjauan ini melibatkan sampel bertujuan seramai 300 penagih dadah dari 10 buah AADK Daerah di Semenanjung Malaysia. Alat soal selidik PsychoADDICT yang mengandungi empat instrumen yang telah disahkan dalam Bahasa Melayu untuk mengukur tret personaliti, pengherotan kognitif, kawalan kendiri dan keparahan penagihan telah digunakan. Analisis ujian ANOVA sehala telah digunakan bagi membandingkan skor psikologi mengikut tahap keparahan penagihan dadah (rendah, sederhana dan tinggi). Dapatan kajian mendapati Tret Impulsive Sensation Seeking, Aggressiveness-Hostility, Neuroticism-Anxiety, Pengherotan Kognitif dan Kawalan Kendiri menunjukkan perbezaan signifikan mengikut tahap keparahan penagihan dadah. Berikutan ini, analisis post-hoc Tukey juga telah digunakan bagi menentukan pasangan yang menunjukkan perbezaan signifikan. Hanya tret personaliti Activity dan Sociability tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan mengikut tahap keparahan penagihan. Dapatan kajian ini sangat bermanfaat dalam usaha pembangunan modul-modul intervensi pemulihan dan rawatan pencegahan dadah dalam kalangan penagih dadah mahupun remaja berisiko.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kawalan kendiri; Pengherotan kognitif; Penagihan dadah; Tahap keparahan penagihan; Tret personaliti |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 22611 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 27 Nov 2023 02:53 |
Last Modified: | 27 Nov 2023 02:53 |
Repository Staff Only: item control page