Pemerian akustik plosif Bahasa Iban berasaskan kaedah analisis spektrograf

Shahidi A.H., and Shirley Langgau, and Norhaniza Abdul Khairi, (2023) Pemerian akustik plosif Bahasa Iban berasaskan kaedah analisis spektrograf. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 249-264. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
928kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593

Abstract

Sorotan kosa ilmu menunjukkan bahawa kajian-kajian fonologi BIb yang menggunakan fonetik akustik (analisis spektrograf) sebagai pendekatan kajian adalah sangat terbatas.Makalah ini, justeru, berusaha meneliti realisasi fonetik bunyi plosif bahasa Iban. Ujian Pengujaran melibatkan seramai 41 orang penutur natif berbangsa Iban. Penelitian ini menggunakan pendekatan fonetik akustik iaitu analisis spektrograf ciri-ciri akustik plosif bahasa Iban yang hadir di posisi awal kata. Parameter bagi semua spektrogram dalam kajian ini ditetapkan dengan nilai standard iaitu 0-5000 Hz bagi julat frekuensi, 1 saat bagi kepanjangan tetingkap (Window Length) dan 60 dB bagi julat daya gerakannya. Pengukuran nilai VOT dilakukan dengan meletakkan kursor pada jaluran menegak yang menandakan kehadiran ledakan bunyi yang dirujuk sebagai Transient Burst of Noise. Hasil analisis akustik menyerlahkan realisasi fonetik yang dimiliki oleh plosif tak bersuara dan plosif bersuara bahasa Iban. Dapatan menunjukkan bahawa bunyi plosif bahasa Iban berada dalam kelompok bahasa yang memiliki Masa Mula Suara (VOT) bercirikan Penyuaraan Tertunda Singkat (SVL) bagi plosif tak bersuara dan Penyuaraan Awalan (VLd) bagi plosif bersuara. Penelitian ini mendapati VOT mampu menjadi isyarat akustik yang kompeten menyerlahkan ciri-ciri akustik setiap plosif yang diteliti. Data spektrogram menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi bahasa secara spesifik dan menjadi bukti sahih dalam menjelaskan ciri-ciri bunyi kajian. Perbezaan kontras penyuaraan antara plosif tak bersuara dengan plosif bersuara ditentukan dengan kehadiran Transient Burst Of Noise dan palang suara yang menentukan sama ada VOT berkenaan bercirikan positif ataupun negatif. Kajian yang melibatkan bunyi bahasa Iban harus mempertimbangkan fonetik akustik sebagai satu pendekatan kajian kerana pendekatan seperti ini lebih bersifat saintifik dalam meneliti serta memerihalkan isu atau permasalahan yang timbul dalam kosa ilmu

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Iban; Fonetik akustik; Analisis spektrograf; VOT; Bunyi plosif
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22616
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Nov 2023 03:28
Last Modified:27 Nov 2023 03:28

Repository Staff Only: item control page