Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia

Hezzrin Mohd Pauzi, and Nor Jana Saim, and Norulhuda Sarnon Kusenin, and Mohammad Rahim Kamaluddin, (2023) Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 17-27. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593

Abstract

Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana yang terlibat dalam program pemulihan akhlak adalah sangat penting dalam mengendalikan pelatih juvana tersebut. Namun demikian, didapati kebanyakan pelaksana dan pekerja kes juvana dilihat kurang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam pemulihan akhlak juvana. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah campuran iaitu Reka bentuk Penjelasan Berturutan. Kajian ini dilakukan di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pelaksana dan pelatih juvana. Bagi kajian kuantitatif, 95 orang pelaksana yang terlibat. Manakala kajian kualitatif terdiri daripada sembilan orang informan pelaksana dan lapan orang informan pelatih. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik dan sesi temu bual. Alat kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik dan protokol temu bual. Analisis data kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS dan kaedah tematik. Kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelaksana adalah pada tahap sederhana (Min=3.80, SP= 0.38). Temu bual bersama informan pelaksana menunjukkan mereka memerlukan input-input tentang kemahiran pemulihan akhlak secara berterusan. Informan pelatih pula berpendapat kebanyakan pelaksana kurang mahir dari aspek komunikasi dan penyelesaian masalah. Oleh itu, pelaksana pemulihan akhlak sewajarnya diberi latihan kemahiran pemulihan akhlak yang berterusan dan berperingkat. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan kumpulan berkepentingan program dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program pemulihan akhlak juvana di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran pelaksana; Program pemulihan akhlak; Kerja sosial; Juvana; Keberkesanan program
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22617
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Nov 2023 03:33
Last Modified:27 Nov 2023 03:33

Repository Staff Only: item control page