Faktor tidak memeluk agama Islam dalam kalangan Cina Peranakan di Kelantan

Muhamad Faisal Ashaari, and Anuar Puteh, and Muhammad Faris Abdul Fatah, (2023) Faktor tidak memeluk agama Islam dalam kalangan Cina Peranakan di Kelantan. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 159-171. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
303kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593

Abstract

Masyarakat Cina Peranakan telah datang ke Kelantan sejak tiga abad yang lalu. Mereka boleh bergaul rapat dengan masyarakat Melayu Islam di negeri ini sehingga boleh mengadaptasikan sebahagian budaya dan gaya hidup Orang Melayu serta boleh bertutur dalam dialek Melayu Kelantan dengan fasih. Walau bagaimanapun, hubungan ini hanya setakat dapat mempengaruhi gaya hidup dan dialek bahasa sahaja, tidak sampai ke tahap mengubah kepercayaan dan agama. Objektif artikel ini ialah untuk mengkaji faktor yang boleh menyebabkan Cina Peranakan di Kelantan tidak menerima Islam sebagai agama dan selesa dengan agama nenek moyang mereka. Beberapa kajian lalu mendapati enam faktor yang menjadi halangan kepada orang Cina secara umumnya dari memeluk Islam iaitu; a) sikap komunal dan etnosentrik Melayu Kelantan. b) Sikap etnosentrik dan komunal orang Cina. c) perbezaan kepercayaan. d) jati diri Cina peranakan. e) diskriminasi ekonomi. f) pelaksanaan politik Islam. Kajian ini mengkaji sejauh manakah enam faktor ini benar-benar menjadi halangan kepada Cina Peranakan di Kelantan memeluk Islam. Seramai 12 orang informan Cina Peranakan di Kelantan telah ditemubual secara separa berstruktur dan mereka terdiri dari wakil kaum yang dipilih dari setiap jajahan di Kelantan. Kajian mendapati bahawa majoriti responden boleh menerima baik masyarakat Melayu dan mengamalkan gaya hidup mereka. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak menerima Islam sebagai agama iaitu sikap komunal orang Cina yang lebih mementingkan ikatan kekeluargaan, lebih selesa berpegang kepada agama yang sedia ada berbanding agama yang baharu.

Item Type:Article
Keywords:Cina Peranakan; Kelantan; Non-Muslim; Tukar agama; Akulturasi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22620
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Nov 2023 03:55
Last Modified:30 Nov 2023 02:22

Repository Staff Only: item control page