Etimologi nama dan makna saroh (Yarang, Pattani) berdasarkan konsep linguistik perbandingan

Rohani Pooteh, and Karim Harun, and Maslida Yusof, and James T. Collins, (2023) Etimologi nama dan makna saroh (Yarang, Pattani) berdasarkan konsep linguistik perbandingan. AKADEMIKA, 93 (2). pp. 213-222. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
707kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593

Abstract

Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Namun, terdapat sebilangan kata yang dipengaruhi bahasa rumpun Austroasia, iaitu Mon-Khmer. Berdasarkan sejarah, kumpulan Austroasia sudah menduduki Semenanjung Melayu sejak empat ribu tahun lalu, sekurang-kurangnya seribu tahun sebelum kedatangan bangsa Austronesia (Bellwood 1997). Oleh itu, dapat difahamkan bahawa sejak zaman purba lagi Asia Tenggara dipengaruhi bangsa dan bahasa Austroasia. Dialek Melayu Patani di selatan negara Thai memperlihatkan pengaruh bahasa-bahasa Austroasia dalam pelbagai bidang semantik. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji asal usul dan sejarah kata ‘saroh’ di Pattani, Thailand. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan serta kaedah lapangan dan menganalisis data data menggunakan konsep linguistik perbandingan. Kaedah kepustakaan digunakan untuk mencari latar belakang sejarah, manakala melalui kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik temu bual semi berstruktur. Seramai enam orang informan yang terlibat dalam kajian ini, iaitu tiga orang Melayu Patani dan tiga orang warga Kemboja. Lokasi kajian ialah Kampung Saroh yang terletak di daerah Yarang, Wilayah Pattani, Thailand. Dapatan awal dalam kajian ini menunjukkan bahawa kata saroh /saɣɔh/ berasal daripada nama individu perempuan yang mula membuka kampung tersebut, iaitu ‘Saro’/sarɔ/. Namun, perkataan ‘saroh’ /saɣɔh/ juga merujuk takungan air atau paya. Kata tersebut adalah kata yang berasal dari bahasa Khmer iaitu ‘srah’ yang juga bermaksud paya atau kawasan takungan air. Kemudian kata tersebut berubah mengikut sebutan dialek Patani.

Item Type:Article
Keywords:Etimologi; Asal usul kata; Saroh (Pattani); Linguistik perbandingan; Dialek Patani
Journal:AKADEMIKA
ID Code:22621
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Nov 2023 03:59
Last Modified:27 Nov 2023 03:59

Repository Staff Only: item control page