Analisis kandungan terhadap hashtag instagram NGO Islam Malaysia dalam menghadapi Covid-19

Muhamad Faisal Ashaari, and Noor Hidayah Kassim, (2023) Analisis kandungan terhadap hashtag instagram NGO Islam Malaysia dalam menghadapi Covid-19. Al-Hikmah, 15 (1). pp. 3-13. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

NGO Islam Malaysia telah mengambil bahagian dalam usaha mengumpulkan dana, memberi bantuan dan menggalakkan kesedaran masyarakat supaya mengambil langkah tertentu untuk menghadapi pandemik ini. Instagram merupakan salah satu medium yang digunakan oleh NGO ini untuk menampakkan usaha mereka dalam menangani pandemik ini. Hashtag dijadikan tool untuk menaikkan posting di Instagram dalam kempen menangani COVID-19. Objektif artikel ini ialah untuk menganalisis pola penggunaan hashtag di Instagram NGO Islam di Malaysia dalam menangani COVID-19 khususnya dari aspek pemilihan frasa hashtag dan kebolehlihatan. Sebanyak 15 NGO Islam di Malaysia yang aktif menggunakan Instagram telah dipilih dalam kajian ini. Posting NGO di Instagram telah dipilih dari bulan April dan Mei 2020 iaitu pada ketika berhadapan PKP. Kajian mendapati bahawa NGO Islam menggunakan hashtag dalam melaporkan berita tetapi belum cukup kuat untuk menggerakkan masyarakat. Penggunaan hashtag dalam kalangan NGO tidak selaras dan senada untuk membentuk kesatuan tindakan dalam masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Hashtag; NGO Islam; Krisis; Media sosial
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:22625
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Dec 2023 00:57
Last Modified:01 Dec 2023 00:57

Repository Staff Only: item control page