Gangguan kesihatan mental berkaitan pembelajaran dalam talian dan kaedah mengatasi menurut perspektif Islam

Norhayati Mazizi, and Salasiah Hanin Hamjah, (2023) Gangguan kesihatan mental berkaitan pembelajaran dalam talian dan kaedah mengatasi menurut perspektif Islam. Al-Hikmah, 15 (1). pp. 29-46. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
344kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Kehadiran COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah sistem pembelajaran daripada pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran dalam talian di setiap peringkat sama ada peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pembelajaran secara dalam talian bukanlah suatu perkara yang mudah kepada mahasiswa malah ia meninggalkan pelbagai kesan antaranya gangguan kesihatan mental sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Permasalahan yang berlaku terhadap mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian adalah melibatkan masalah psikologi seperti kebimbangan, stres, gangguan emosi dan kemurungan untuk beradaptasi dengan norma baharu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah kesihatan mental yang dialami oleh mahasiswa sewaktu menjalani pembelajaran dalam talian dan menganalisis kaedah yang dilakukan oleh mahasiswa bagi mengatasi masalah kesihatan mental sewaktu menjalani pembelajaran dalam talian daripada perspektif Islam. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan melalui pensampelan kesenangan (convenience sampling). Seramai 50 orang responden telah dipilih untuk melengkapkan kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati gangguan kesihatan mental mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian berada dalam keadaan yang terkawal. Kajian juga mendapati antara kaedah pengurusan mental menurut perspektif Islam yang diamalkan oleh pelajar seperti mengadu kepada Allah, berdoa, mendekatkan diri kepada Allah, berzikir, solat, mensyukuri nikmat Allah dan beristighfar.

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan mental; Pembelajaran dalam talian; Perspektif Islam; COVID-19; Kebimbangan
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:22627
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Dec 2023 02:08
Last Modified:04 Dec 2023 01:03

Repository Staff Only: item control page