Nurul Syahidah Fuad, and Nozira Salleh, and Indriaty Ismail, (2023) Gejala ateis Melayu dan hubungannya dengan liberalisme. Al-Hikmah, 15 (1). pp. 47-65. ISSN 1985-6822
|
PDF
453kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasminya, namun agama lain juga bebas untuk dianuti oleh setiap masyarakat pelbagai bangsa. Ia terangkum dengan jelas dalam Perlembagaan Negara. Namun sejak kebelakangan ini, Malaysia dilanda oleh pelbagai gejala yang menggugat akidah umat Islam dan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Antara gejala tersebut ialah ateisme. Ateisme merupakan satu kepercayaan yang menolak kewujudan tuhan kerana ia dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran liberal yang telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai ateis Melayu dan hubungkaitnya dengan pengaruh ideologi liberal. Kajian ini berbentuk kepustakaan dengan meneliti buku-buku, surat khabar, jurnal dan laman sesawang yang relevan dengan topik yang dibincangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang erat antara perkembangan ateis dengan penyebaran ideologi liberal yang mengakibatkan munculnya gejala ateis Melayu di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ateis; Melayu; Agama; Liberal; Malaysia |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 22628 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Dec 2023 02:14 |
Last Modified: | 01 Dec 2023 02:14 |
Repository Staff Only: item control page